Header Ads

Header ADS

COVID-19: Gelombang kedua? Pendekatan Malaysia tidak sama dengan Hokkaido


PUTRAJAYA
: Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dalam mendepani jangkitan COVID-19 berbeza dengan pelaksanaan di Hokkaido Jepun, demikian tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu berkata, walaupun kerajaan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ini, namun pintu negara masih ditutup untuk kemasukan warga asing.

Justeru, katanya rakyat tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan Malaysia akan mengikut jejak Hokaido yang dilanda gelombang kedua susulan keputusan negara itu menamatkan perintah berkurung lebih awal.

“Sampai hari ini kita tidak benarkan (kemasukan warga asing). Lapangan terbang kita tidak menerima warga asing dan rakyat kita yang balik dari luar negara pun akan dikuarantin wajib.
“(Langkah) ini untuk menyekat kes-kes import seperti yang berlaku di Hokkaido. Jadi ada perbezaan antara kita dengan Hokkaido kerana kita tidak menerima warga luar,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, langkah yang dilakukan kerajaan juga ketika ini adalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan yang menunjukkan peningkatan kes positif COVID-19.

“Seperti yang berlaku di PKPD Sungai Lui (Hulu Langat) apabila kita ‘locked’ berdasarkan  Pusat Tahfiz  sahaja, bermakna sekarang kita bersedia jika ada kawasan yang (menunjukkan peningkatan kes) kita tidak akan ‘lock’ keseluruhan kawasan, tetapi kita akan ‘lock’ di kawasan PKPD.

“Jadi, kita bersedia dan mampu kerana pendekatan kita sudah berbeza iaitu memfokuskan kepada kawasan-kawasan bersasar,” ujarnya.

Hokaido yang mempunyai populasi 5.3 juta penduduk dilaporkan mencatatkan gelombang kedua COVID-19 selepas bertindak menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu selepas kes jangkitan berkurang kepada satu digit.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.