Header Ads

ads header

Flash News

Covid-19 ragut nyawa lelaki 39 tahun


PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun menjadi korban terbaru berkaitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata kes kematian ke-112 itu mempunyai sejarah penyakit injap jantung.

Mangsa juga pernah kemalangan pada awal tahun yang mengakibatkan patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dalam perkembangan sama, 40 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,819 orang.

Hisham berkata 31 kes daripadanya dalam kalangan bukan warga Malaysia. “Ingin dimaklumkan juga, tiada kes import yang dilaporkan hari ini.”

Ketika ini seramai 1,356 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 16 di unit rawatan rapi dengan 4 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 70 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,351 orang.

Jumlah keseluruhan mangsa yang pulih bersamaan 78.5% daripada jumlah keseluruhan kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian bersamaan 1.64%.

Pelajar universiti dijangkiti Covid-19

Mengenai jangkitan baru-baru ini membabitkan pelajar universiti yang dikuarantin di kampus, Hisham tidak menolak kemungkinan pelajar itu terdedah kepada kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT) di kampus masing-masing.

Ini kerana, katanya, kakitangan IPT boleh keluar masuk kampus.

“Kita ada 5 kes keseluruhan. Dua kes pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Besar kemungkinan mereka ini terdedah dengan pekerja dalam kampus walaupun mereka dikuarantin.

“Tiga pelajar lagi dari Universiti Sarawak Malaysia (Unimas). Pelajar di kampus tersebut terdedah di kafe dan sebagainya. Penyiasatan sedang dijalankan.”

Katanya, Kementerian Kesihatan masih mengasingkan pelajar itu di kampus dan melakukan pengesanan kontak.

“Kami akan kuarantin rakan yang menjadi kontak kepada kes positif.”

Mengenai ujian saringan ke atas pekerja asing, Hisham berkata, mereka antara 8 kumpulan sasaran yang sedang menjadi fokus kapasiti ujian KKM.

Katanya, ini adalah pendekatan sama yang mereka ambil ketika peringkat awal perintah kawalan pergerakan.

“Pekerja asing ialah satu daripada kumpulan sasaran, tetapi ini hanya untuk zon merah. Setakat ini, contohnya di Kuala Lumpur dan Selangor, kita akan menjalankan ujian saringan ke atas mereka dan kita turut menggalakkan majikan berbuat demikian.

“Tetapi, pekerja asing di Perlis, sebagai contoh – Perlis ialah zon hijau, selama lebih 2 minggu tiada kes, jadi ia tidak perlu untuk kami menjalankan ujian saringan di sana.”

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan majikan yang mahu pekerja mereka menjalani ujian saringan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Apalagi kalau permainan domino qiu qiu terbaru ini juga bisa menambah lembar demi lembar uang di kantong kami.

    BalasPadam
  2. Admin numpang promo ya..
    Cari uang sampingan ?? Hubung! kami AjoQQ"c0m (WA: +855969190856 ) ^^
    Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)

    BalasPadam