Header Ads

ads header

Flash News

Dakwaan Dr M arah kurangkan keyakinan kepada DAP benar, kata bekas setiausaha politik


PETALING JAYA:
Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip, mengesahkan dakwaan setiausaha agung PPBM, Hamzah Zainuddin, berhubung arahan bekas perdana menyerti itu supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP.

Zahid berkata, beliau adalah antara pihak yang terlibat dalam menjayakan cita-cita Mahathir itu.

“Saya sahkan apa yang disebut Hamzah tepat, benar dan tiada ada melainkan benar belaka.

“Bukan itu sahaja saya terlibat mengatur beberapa pemimpin politik Melayu berjumpa Tun Mahathir, 2, 3 kali. Bukan di pejabat, tetapi di rumah Mahathir.

“Setiap pertemuan mereka bertemu mengambil masa sejam. Kalau sekali jumpa kunjungan hormat, tetapi kalau 2, 3 kali ada perbincangan tertentu,” katanya dalam satu video yang diterima FMT.

Semalam, dalam satu sidang media, Hamzah mendakwa pernah diarahkan oleh Mahathir supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP.

Hamzah berkata arahan itu dibuat ketika Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), dan beliau akur dengan arahan itu.

Dalam pada itu, Zahid berkata, selain menyekat kemaraan DAP, Mahathir tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Katanya, disebabkan itu beliau mencadangkan supaya diambil langkah politik, tetapi atas permintaan Mahathir ia tidak mengaitkan nama beliau.

“Buatlah apa sahaja, jangan kaitkan nama beliau.

“Alhamdulilah keluar dari PH, dan Anwar tak jadi perdana menteri.

“Kepada Anwar saya nak beritahu, Allah merancang, kita merancang, (tetapi) perancangan Allah lebih baik. Dia boleh rancang nak jadi perdana menteri ke-8, tetapi Mahathir letak jawatan, dia terlepas tak dapat jadi perdana menteri dan Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri ke-8,” katanya.

Zahid nafi PPBM keluar PH atas keputusan Muhyiddin

Dalam perkembangan lain, Zahid juga menafikan keputusan PPBM keluar PH atas arahan Muhyiddin seorang.

Katanya, keputusan PPBM keluar PH adalah dalam pengetahuan Mahathir.

“Mana boleh keputusan besar, Muhyiddin seorang buat.

“Macam (pen)dedah(an) Hamzah, ada pertemuan dengan Mahathir bincang nak keluar PH,” katanya

Zahid berkata, beliau tidak percaya bahawa Mahathir mempunyai 129 sokongan ahli Parlimen.

Katanya, sekiranya dakwaan itu benar, Mahathir sudah lama ke istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau ada 129 (ahli Parlimen), semalam Mahathir dah tunggu (depan) istana dan tak datang ke pejabat PPBM.

“Mahathir pernah cakap takkan berhenti nak jatuhkan Muhyiddin. Untuk jatuhkan Muhyiddin ‘spin-spin’ begini perlu dibuat,” katanya merujuk kepada dakwaan tular bahawa blok pembangkang di Dewan Rakyat mempunyai sokongan majoriti 129 ahli Parlimen dan akan menghadap Agong untuk membentuk kerajaan baru.

MR :  Siapa percaya kepada Mahathir, entah nak kata. 10 cakap Mahathr 11 tak boleh percaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Atok udah2 lah tu kau tu dah tua buat amal kasi lah Pm kita buat kerja hang dok diam2 jaga cucu dan jaga diri.jangan ambil tahu pasal politik lagi.jangan sampai rakyat meluat tengok muka hang udah lah.tua2 keladi makin tua perangai makin menjadi semua orang x betul dia je yang betul.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tun..jasa tun amat beharga buat rakyat malaysia..perngorbanan tun amat d hargai..terima kasih kerana memberi kami pm8 yg baik iaitu tan sri muhyidin yasin..jasa tun di doakan semoga ALLAH MERAHMATI TUN..
    Kami gembira anwar x jadi pm.dap hilang kuasa..
    Maaf kerana membenci tun sbelum ini,kini tun telah tunjukkan perngorbanan tebaik buat kami..pru 15 kami undi PN

    BalasPadam
  3. Woi arif muluk..siapa yang mengkianat aaaa..?

    BalasPadam