Header Ads

ads header

Flash News

Daroyah dakwa MPP PKR lindungi pemimpin lantikan Anwar


Timbalan Ketua Wanita PKR Daroyah Alwi mendakwa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah melanggar prinsip demokrasi apabila sanggup melindungi mereka yang dilantik presidennya, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Daroyah yang juga Adun Sementa mengakui, MPP mempunyai kuasa mutlak untuk melucutkan ataupun menggantung keahlian seseorang anggota.

"Walaupun MPP yang terdiri daripada 20 pemimpin yang dipilih oleh anggota-anggota secara undi terus dalam pemilihan parti, namun MPP telah secara jelas melanggar prinsip demokrasi demi melindungi kuasa yang terletak di tangan beberapa pemimpin lantikan presiden parti.

"Pimpinan parti mendakwa bahawa Lembaga Disiplin PKR yang membuat pengesyoran tindakan ke atas anggota-anggota parti, tetapi adalah pihak MPP yang meluluskan tindakan-tindakan tersebut.

"Pihak MPP seharusnya bertindak secara lebih telus dan rasional dalam membuat keputusan pemecatan atau penggantungan keahlian anggota parti," katanya dalam satu kenyataan.

Daroyah berkata, seramai 348 anggota-anggota parti itu telah dipecat dan 285 anggota-anggota digantung keahliannya.



Penggantungan berkenaan turut melibatkan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha.

Daroyah berkata tindakan terhadap Haniza yang juga Adun Lembah Jaya serta beberapa lagi pimpinan Wanita jelas menunjukkan parti itu tidak menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

"Saya amat kesal dan kecewa dengan amalan Parti Keadilan Rakyat dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota parti yang dianggapkan sebagai pengkhianat dan melanggar tata etika dan disiplin parti.

"Antara mangsa-mangsa yang terbabit adalah Ketua Wania Pusat, Haniza Talha, dan beberapa pimpinan wanita di peringkat negeri dan cabang di seluruh negara.

"Ini menggambarkan bahawa seolah-olah parti ini tidak menghargai jasa dan bakti serta pengorbanan pimpinan wanita kepada parti sejak sekian lama," katanya.

Tambah Daroyah yang juga timbalan speaker DUN Selangor berkata, dakwaan pimpinan PKR bahawa keputusan pemecatan dan penggantungan dibuat Lembaga Disiplin PKR tidak boleh diterima, memandangkan setiap keputusan dipengaruhi MPP yang membuat kelulusan.

"Saya mewakili anggota-anggota PKR yang tidak bersetuju dengan tindakan keras parti keatas mereka yang tidak bersalah dan memohon agar ketidakadilan ini dihentikan dengan serta-merta.

"Terutamanya, tarik balik pergantungan dan pelucutan jawatan ketua wanita pusat dan lain-lain anggota yang tidak bersalah supaya parti kita masih berkesempatan untuk diperbaiki semula," katanya.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kita perlu berfikir diluar kotak. Semakin sedikit ahli parti, maka semakin kuat parti tersebut.terima kasih

    BalasPadam
  2. Kamu menjahanamkan parti memang layaklah dipecat. Macam-macam kerenah kamu dah buat. Meluat kami tengok perangai huduh kamu.

    BalasPadam