Header Ads

Header ADS

Dividen LTAT 2% Mana Mat Sabu mai sini?


Apabila kamu umumkan dividen LTAT 2% iaitu paling rendah dalam sejarah, kamu tuduh BN tipu laporan kewangan tahun 2017.

Kamu salahkan BN kerana dakwa kita tipu akaun tahun 2017 untuk umumkan dividen terlalu tinggi.

Sebab itu, kamu kata PH perlu mengambil kira "penipuan akaun" ini dalam tahun 2018 sehingga dividen LTAT tahun 2018 cuma 2%.

Masa itu, saya dah tunjukkan bukti bahawa sebab utama ialah keuntungan LTAT jatuh teruk akibat ekonomi dan pasaran sahan menjunam sebaik sahaja PH menang PRU14.

Tapi kamu tetap mahu bohong dan salahkan BN.

Tuduh kita tipu akaun.

Tapi bila saya tanya jika benar-benar kita tipu akaun kenapa tiada seorang pengurus, akauntan atau juruaudit didakwa memalsukan akaun, kamu tak mahu jawab pula.

Bila saya suruh PH tunaikan janji manifesto untuk jalankan RCI untuk memalukan BN tipu akaun, kamu enggan pula.

Minggu lepas pula, LTAT umumkan laporan kewangan untuk tahun 2019.

Tahun 2019 ini dibawah PH. Di bawah kamu.

Keuntungan LTAT tahun 2019 jatuh lagi ke RM91.7 juta berbanding RM221 juta untuk tahun 2018 dan RM667.1 juta untuk tahun 2017 bawah BN.
https://www.bharian.com.my/…/6…/ltat-umum-dividen-25-peratus

Boleh saya simpulkan bahawa keuntungan LTAT tahun 2018 rendah kerana BN tipu akaun tahun 2017 manakala keuntungan LTAT tahun 2019 adalah 3 kali lebih rendah banding tahun 2018 kerana PH tipu akaun tahun 2018 dengan 3 kali lebih dashyat?

Mat Sabu, ambil lah kesempatan bulan yang mulia ini.

Mengaku sahaja kamu telah fitnah BN tahun lepas.

Mengaku sahaja kamu telah berbohong kepada Rakyat Malaysia tahun lepas apabila kamu tuduh BN tipu akaun LTAT.

Mengaku sahaja bahawa PH telah gagal mengendali ekonomi negara.

Mana tak turun?

Masa BN, kelima-lima pelaburan utama LTAT catat keuntungan yang baik. Dividen LTAT pun tinggi.

Masa PH tahun 2018, 3 dari 5 pelaburan itu umum kerugian.

Masa PH tahun 2019, 4 dari 5 pelaburan utama umum kerugian.

Baca ini dan sangkalkan:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157061057900952

NAJIB RAZAK

---------

Pada zaman BN, dividen LTAT akan diumum pada bulan Mac.

Misalnya, dividen LTAT tahun 2017 sebanyak 12.5% diumum pada 22 Mac 2018.

Setelah PRU14 dan LTAT masuk tangan Mat John pula, LTAT hanya umum dividen tahun 2018 sebanyak 2% pada bulan 30 September 2019.

Dividen untuk tahun 2019 pula diumumkan minggu lepas cuma 2.5%.

Seperti mana-mana tabung amanah, LTAT akan membuat pelaburan untuk menjana pulangan dalam bentuk dividen.

LTAT akan agihkan dividen yang mereka terima untuk membayar dividen kepada pencarum-pencarum mereka.

LTAT mempunyai 5 pelaburan utama dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia - Boustead Holdings, Boustead Plantations, Boustead Heavy Industries, Affin Bank dan Pharmaniaga.

Kelima-lima syarikat ini akan mencatat keuntungan besar masa saya jadi PM dan umumkan dividen yang lumayan.

Tapi pada tahun 2018 di bawah PH, 3 dari 5 syarikat ini rugi dan dividen yang dibayar turun 40% berbanding tahun 2016 dan 2017.

Untuk tahun 2019 di bawah PH dan sebelum krisis Covid bermula, 4 dari 5 syarikat pelaburan utama LTAT rugi mengakibatkan dividen yang dibayar mereka turun 70% berbanding tahun 2016 dan 2017.

Sebab itu, dividen LTAT untuk pencarum bagi tahun 2019 tidak tinggi seperti puluhan tahun bawah BN.

Cuma 2.5% sahaja.

Suruh Mat John jawab sebelum dia sambung ratib "kerajaan pintu belakang".

Saya harap selepas ini, kerajaan PN akan memperbaiki kerosakan yang ditinggal PH.


MR :  PH mana tahu tadbir negara


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. 555 juta duit LTAT utk AES dah dapat balik lum

    BalasPadam
  2. Kalau dah dasar pembohong cakap apa pun dia tak Rasa bersalah. Buat muka bodoh jer Dan terus menabur fitnah. Dah jadi barua kafir nak buat macamana

    BalasPadam
  3. Ingat rakyat percaya ke pada blogger2 penjilat kerajaan tebuk atap ni.
    Mahkamah ada.
    Parlimen ada.

    Biasa lah..
    Pas dah terkena badi umno.
    Kaki provokasi & kontroversi.

    Hakikat nya..

    Seringkali pemimpin-pemimpin parti PH digambarkan sebagai pemfitnah, namun setiap kali kes saman berkaitan fitnah yang berlangsung di mahkamah pemimpin-pemimpin PH ternyata menang dalam kes saman fitnah tersebut. Berikut antara senarai kes saman fitnah yang memihak pemimpin PH :

    1. 10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.

    2. 26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.

    3. 7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO

    4. 25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200k terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

    5. 25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman.

    6. 22 Jun 2016 YDP Pas Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang.

    7. 11/10/2016 Ketua Penerangan Pas Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang.

    8. 21/11/2019 Dr Kamarul Zaman Yusof memohon maaf kerana memfitnah Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP

    Kes yg sedang menunggu.
    - Takiyudin nak saman anwar , pasal tiada bukti pas@hadi memberi duit kepada Serawak Repotr.
    - Anwar akan menyaman hadi awang atas tuduhan nya berkaitan freemesom@bantuan asing kepada anwar.

    BalasPadam
  4. Ini semmua fakta palsu ni..
    Jangan caya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.