Dr M lebih Machiavelli daripada Machiavelli
Bagi yang pernah membaca “The Prince” karya Machiavelli, karakter singa dan musang digunakan dalam menilai cara permainan politik seorang pemimpin.
Singa simbol kuasa. Musang simbol kepintaran. Singa kuat tapi mudah diperangkap. Musang tak boleh lawan singa tapi bijak melepas diri daripada perangkap. Pepatah musang berbulu ayam tanda pengiktirafan kepintaran musang dalam masyarakat kita.
Dr Mahathir Mohamad dikatakan memiliki kedua-duanya. Ada kala menjadi singa dan ada kala menjadi musang. Ketika berkuasa, tiada belas kasihan terhadap musuhnya. Lihatlah apa terjadi terhadap Anwar Ibrahim atau Najib Razak. Kedua-duanya dipenjarakan atau hendak dipenjarakan.
Perkataan sadis merujuk kepada orang mendapat kenikmatan daripada kesakitan orang yang diperlakukannya.
Anwar yang menderita dalam penjara, boleh terlupa sifat-sifat musang yang ada pada Tun M. Musang dilihat ayam. Dengan mudah termakan umpan janji jadi PM ke-8. PPBM hanyalah parti kecil. Simbol pun tidak ada. Anwar memberi segala-galanya untuk Tun M berkuasa buat kali ke-2.
Sebelum ini, ramai yg menganggap politik Anwar pun politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara. Menari boleh, tazkirah pun boleh. Namun Tun M dikatakan lebih Machiavelli daripada Machiavelli. Walaupun tidak bertazkirah, beliau boleh menari. Lebih teratur dan lebih cantik.
18 Mei ini gerak langkah baru sedang diatur Tun M. Secara mata kasar untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin di Parlimen. Namun orang turut ingin melihat di mana kedudukan Anwar kali ini?
Menyokong Tun M lagi? Kalau ya, apa pula janji untuknya? PM lagi? Atau ada aturan baru? Kau PM, anak aku TPM. Atau Anwar ada langkah musang untuk memerangkap singa pula?
Seperti sinetron Korea, drama benci tetapi rindu keduanya sangat panjang. Bermula pada 1982 lagi. Sejak Anwar diajak Tun M bertanding di Permatang Pauh buat pertama kalinya. Anak yang dilahirkan pada tahun itu kini sudah berusia 38 tahun. Peristiwa hiba Anwar dipecat pada 1998 pun sudah lebih 20 tahun. Cerita ini sudah menjadi cetera agung. Ini bukan certot. Ini adalah epik yang tak berkesudahan.
Sekiranya tak bosan-bosan, sama-sama lah kita saksikan episod seterusnya…
Ahmad Shabery Cheek
MR : Anwar kena games dengan Atuk, Atuk kena games oleh Muhyiddin ha ha
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kita perlu orang pandai..tapi bukan orang pandai melicik. Biar jujur dari pandai menipu.
BalasPadamAnwar menderita di penjara kau kata? Menderita pun tak guna kalau keluar jadi barua kafir. Kalau kita berprinsip Islam, menderita pun Allah akan ganti pahala syurga. Dia kena dizalimi dgn Mahathir pun masih lagi bersekongkol dgn golongan Freemason dan libtards. Aku dah takde simpati langsung kat dua ekor KhinziR belaan DAP ni. Mati pun aku tak rasa sedih, semoga Allah tunjukkan mereka api neraka.
BalasPadamPemimpin mengkarung lidah biawak boleh bertukar warna mengikut situasi alam sekitar untuk menjamin survival politiknya walaupun terpaksa menjadi barua @ boneka parti kafir Harbi DA-Pigs yang memusuhi Islam dan umat Islam.
BalasPadamMaka umat Islam perlu menolak semua pemimpin mengkarung lidah biawak supaya umat Islam tidak ditindas di negara sendiri. Lihatlah umat Islam Singapura yang ditindas oleh pemerintah kafir yang bersikap rasis.