Header Ads

Header ADS

Gantung lesen memandu sehingga 10 tahun – Murugiah


KUALA LUMPUR – Dalam keadaan negara sedang menghadapi pandemik Covid-19, insiden seorang anggota polis yang sedang bertugas dirempuh mati oleh pemandu yang dipercayai mabuk yang masih ‘berkeliaran’ pada awal pagi sesuatu yang amat dikesali.

Menurut Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah, beliau tidak tahu bagaimana hendak mendidik segelintir rakyat di negara ini dan perbuatan tersebut tidak boleh diterima.

“Tidak sepatutnya dalam keadaan negara sedang mengamalkan PKP masih ada kes memandu sambil mabuk hingga menyebabkan kehilangan nyawa manusia, lebih-lebih lagi petugas barisan hadapan tangani Covid-19.

“Ini tidak sepatutnya berlaku langsung. Saya kutuk sekeras-kerasnya perbuatan langsung tidak bertanggungjawab ini dan tolong ambil tindakan setegas mungkin.

“Mangsa adalah antara barisan hadapan kita yang sedang bantu rakyat negara ini memerangi perang Covid-19, adakah kita boleh kompromi perkara ini? Kita telah hilang seorang anggota keselamatan cukup berharga untuk kita.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota kita yang terkorban, Kopral Safwan Mohamad Ismail yang berusia 31 tahun,” katanya hari ini.

Allahyarham meninggal dunia selepas sebuah kenderaan merempuhnya ketika sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS.

Pemandu berkenaan dipercayai mabuk.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux itu.

Berikutan itu, Murugiah mencadangkan supaya kerajaan menggubal undang-undang lebih tegas dan ‘menggerunkan’ agar perkara seumpama ini tidak berulang.

“Apa yang diharapkan, pihak yang bersalah dapat diambil dan diberi hukuman yang setimpal.

“Kerajaan harus mengubal undang-undang bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk harus digantung lesen memandunya selama 10 tahun.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan orang yang tidak bersalah menjadi korban,” tegasnya.

Dalam pada itu, Murugiah juga merayu supaya rakyat Malaysia lebih bertimbang rasa dan memberi kerjasama bagi memerangi wabak Covid-19.

“Kita belum lagi selesai berperang dan menang memerangi pandemik ini. Tolonglah fahami peranan barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus bagi memastikan kita selamat.

“Tolong bantu mereka dan menyusahkan mereka seperti ini, jangan tambah beban. Lebih baik duduk rumah jika tidak ada sebarang keperluan (untuk keluar), dengar arahan, tolonglah,” katanya. –MalaysiaGazette

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. alooo murugiah,,

    kalau yg mabuk tu takde lesen macam mana..?
    KONON NAK TUNJUK KAU PANDAI.. PADAHAL BODOH KAU YG KELUAR.

    kalau takde lesen kita gantung murugiah je la..

    KALAU MABOK..
    -langgar org (kalau tak mati) driver kena tanggung kos perubatan dan penjagaan mangsa... kalau cacat lagi banyak la duit dia kena keluar.

    -kalau mati.
    Hutang nyawa dibayar nyawa.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.