Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan nafi benar operasi nombor ekor, orang ramai serbu pusat pemborong


PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan 2 senarai berita palsu yang tersebar di media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan menafikan ia memberi kebenaran operasi kepada agensi nombor ramalan (NFO).

“Kerajaan menafikan kelulusan diberi kepada NFO iaitu Magnum 4D Berhad, Sport Toto Malaysia Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn Bhd (Damacai) untuk beroperasi pada 6 Mei seperti tular di media sosial.

“Semua NFO diarahkan tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Sementara itu, polis menafikan visual di media sosial memaparkan orang ramai menyerbu pusat belian borong di Jalan Pudu sehingga melanggar PKPB.

“PDRM menjelaskan kesesakan tersebut terjadu kerana para pekerja sampai serentak dan terpaksa masuk melalui satu laluan sahaja untuk membuka semula premis perniagaan mereka,” katanya.


MR :  Tak tipu tak nama PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan