Header Ads

Header ADS

Hukuman yang wajar bagi kesalahan pemandu mabuk


Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk, malah sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk.

Terbaru,
http://www.astroawani.com/…/lelaki-maut-dilanggar-pemandu-m…

Saya menggunakan kesempatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan dalam tempoh PKPB ini untuk berada di Pejabat Menteri Pengangkutan bagi meneliti semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 khususnya berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol / dadah / memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Justeru itu, pada 1 Jun 2020, saya akan memanggil satu sesi taklimat di MOT bersama JPJ untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan Akta berkaitan. Pindaan Akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambilkira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Soal selidik yang dijalankan oleh MOT melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD);

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFL…/viewform

Sebagaimana kenyataan saya bertarikh 4 Mei 2020, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1583041865196645&id=1002345083266329 , saya akan bertindak dan komited demi pembelaan kepada mangsa korban dalam kemalangan maut dan juga menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa.

Wee Ka Siong


MR :  Sila berikan pandangan melalui link di atas


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Tarik je lesen,,smpi mti jgn bgi bwk kenderaan berenjin....
    Bawak basikal x pe,,kayuh la ko smpi mampos
    Bodoh punye kaki botol

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.