Header Ads

ads header

Flash News

Jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan 187 kes baru


PUTRAJAYA:
Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan 3 angka hari ini sejak wabak meletus di depot tahanan imigresen (DTI), dengan 187 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada bilangan kes terbaru itu, 155 kes dikesan di DTI Bukit Jalil.

Mengikut data terkini, Kluster DTI Sepang, Bukit Jalil, dan Semenyih melaporkan 383 jumlah kes positif.

DTI Bukit Jalil melaporkan 281 kes positif daripada 1,543 sampel, dengan 180 lagi menunggu keputusan; DTI Semenyih melaporkan 66 kes positif daripada 1,758 sampel, dengan 337 menunggu keputusan; dan DTI Sepang melaporkan 36 kes positif daripada 1,450 sampel, dengan 9 menunggu keputusan.

Seorang kakitangan di DTI Semenyih dilaporkan positif. Selebihnya di semua DTI berkenaan adalah tahanan.

Hisham melaporkan perkembangan ini pada sidang media harian Kementerian Kesihatan hari ini.

Beliau berkata kes jangkitan baru menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,604 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 187 kes baru yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya, menerangkan 7 daripadanya orang tempatan dan 3 pemastautin tetap atau pasangan kepada warga Malaysia.

“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes dikesan di DTI Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.”

Kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia 4 kes sahaja.”

Ketika ini, seramai 1,448 mangsa Covid-19 sedang dirawat, dengan 8 berada di unit rawatan rapi dan 5 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 62 pesakit dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,041 orang sehingga kini.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan angka korban kekal 115 orang.


MR :  Angka makin membinmbangkan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan