Header Ads

Header ADS

Pemandu mabuk: Pas cadang tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet


SHAH ALAM -
Pas mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menggantung semua pengeluaran, perniagaan dan penjualan arak sehingga semua langkah baharu diambil bagi menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, dalam tempoh penggantungan tersebut, kerajaan Perikatan Nasional perlu menubuh Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian dalam menangani kes berkenaan.

Menurutnya, Pas meminta Jabatan Kastam dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka 24 jam.

"Pas memandang serius kes kemalangan mabuk membabitkan pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini.

"Nyawa orang awam adalah satu keutamaan kerana hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia di tempat ke-10 di dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, statistik yang dikeluarkan WHO menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan lebih daripada RM2 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada tahun 2016.

Menurutnya, pengambilan minuman keras itu berada pada tahap membimbangkan.

"Tragedi pemandu mabuk bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

"Kesalahan ini berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguatkuasaan selain daripada sikap pentingkan diri dan degil pemabuk.

"Lebih malang menjadi seorang pembunuh bila mana telah menggadaikan jiwa yang tidak bersalah," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Terbaik dan mantap parti Islam PAS kerana menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya pemandu mabuk kerana arak didakwa dibawah seksyen 302 kerana mereka secara sukarela memilih untuk minum arak dan mabuk dan mereka tahu akibat sangat buruk jika memandu ketika pemandu mabuk.

    Adalah sangat malang apabila sebilangan pemandu kafir mabuk telah melanggar umat Islam sehinggakan menyebabkan kecederaan kritikal atau kematian dan menyebabkan kerugian harta benda kepada umat Islam seolah-olah mabuk adalah lesen untuk membunuh umat Islam.

    Sudah tiba masanya kerajaan PN untuk mendakwa pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 dan jika didapati bersalah , mereka boleh digantung hingga mati atau dipenjarakan seumur hidup supaya rakyat selamat dari ancaman pemandu mabuk.

    Malangnya parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberalnya menyokong pesta arak terbuka. Berapa ramaikah rakyat perlu mati kerana pemandu mabuk sebelum DA-Pigs menukar dasar pro-araknya ????

    BalasPadam
  3. Apa jenis manusia.kasihan family arwah.

    BalasPadam
  4. Di UK , pemandu mabuk akan digantung terus lesen seumur hidup.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.