Header Ads

ads header

Flash News

Idris nafi ada komplot keluar PN Melaka


Adun Sungai Udang Idris Haron menafikan spekulasi bahawa beliau dan beberapa lagi Adun Umno di Melaka merancang untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Idris yang juga bekas ketua menteri berkata, beliau berpuas hati dengan kedudukannya pada masa ini sebagai anggota kerajaan yang "memegang portfolio penting".

"Sekarang ramai orang gila...Mereka suka tengok perpecahan dalam Umno.

"Saya bazirkan dua tahun ketika menjadi ketua pembangkang (di DUN Melaka). Tak banyak yang saya boleh lakukan pada masa itu, tetapi sekarang kita dapat buat kerja kita dengan baik.

"Anda boleh beritahu orang gila (yang buat spekulasi) yang Idris obses dengan jawatannya sekarang. Saya amat bersemangat dengan apa yang dilakukan sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga menafikan ada menghubungi sejumlah Adun Umno berkenaan isu tersebut.

"Kami tak pernah berhubung secara peribadi. Semua perkara dibincang di kumpulan Whatsapp, kami tiada sub-kumpulan (Whatsapp)," katanya lagi.

Terdahulu hari ini, seorang sumber dari Umno mendakwa Idris yang memang sudah lama berselisih dengan Speaker DUN Melaka Abdul Rauf Yusoh, merasa tidak berpuas hati dengan Abdul Rauf kerana mengawal urusan kerajaan sejak PN menjadi kerajaan negeri.

Abdul Rauf Yusoh

Abdul Rauf yang juga pengerusi Umno negeri, dikatakan mendominasi sumber dan jawatan politik dan telah mendapat kuasa lebih besar sejak dilantik menjadi speaker.

Sumber itu mendakwa Idris dipercayai sangat tidak berpuas hati atas perkara itu dan berhasrat keluar PN.

Dalam pada itu, Idris mengakui bahawa beliau ada mendengar cakap-cakap bahawa Abdul Rauf kini memegang kuasa yang besar dalam kerajaan negeri.

"Ya ada dengar (tentangnya) tetapi saya belum lihat ia betul atau tidak. Tetapi ramai yang berkata sedemikian," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan mengingatkan anggota parti bahawa era BN sudah berakhir.

Sebaliknya beliau berkata lantikan politik patut dibahagikan berdasarkan kekuatan parti dalam PN.

"Sebab itu orang Umno sudah maki saya dan kata saya lemahkan parti.

"Akan tetapi ada suatu perkara kita kena ingat, kita bukan seperti dulu. Era BN sudah tamat, kita tak boleh fikir kita masih parti dominan," katanya lagi.

Katanya lagi, PN adalah satu gabungan yang ditubuh demi kepentingan bersama, atau marriage of convenience, dengan perkara paling utama adalah untuk menjadi kerajaan.

"Kita tak boleh ambil semua jawatan penting. Kita melangkah ke depan ini (pembahagian kedudukan) perlu diberikan secara berkadar kepada parti-parti (PN)," katanya lagi.

MR :  Ini kerja PH, nak buat isu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan