Header Ads

ads header

Flash News

Patutnya Mahathir tanya kes anak Mat Sabu dah selesai ke belum daripada ulas pasal anak tiri Najib


Mahjathir cari masalah orang memang cekap. Nak buat orang ragu pun pandai. Cakap mamak memang macam tu. Dia tak sedar apa dia buat dulu. Anak Mat Sabu kena tangkap kes dadah 3 bulan keputusan air kencing pun tak keluar. Siapa PM masa itu? Kenapa lambat sangat.

Aku rasa lebih baik Mahathir tanya "Hang pa dah tahu kes Anak Mat Sabu?"

Engkau baca sendiri apa Mahathir nak buat rakyat benci Najib sebelum Mahkamah jatuhkan hukuman. Dia tanam persepsi...

-------------
Dr M khuatir, tertanya-tanya keputusan lepas tanpa bebas Riza Aziz
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau "tertanya-tanya" dengan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.

"Adakah kita di masa hadapan, kalau ada seorang pencuri, dia curi duit dan lepas itu dia kena tangkap, dihadap ke mahkamah, dia kata tak apalah, duit yang saya curi itu saya bagi balik lah.

"Takkanlah kita nak kata okey lah, kita ambil duit itu balik, dia lepas. Sebagai orang yang tak pandai dalam bidang undang-undang, saya tertanya-tanya.

"Saya takut ada orang yang curi duit banyak. Lepas itu asas dia bagi balik, dia terlepas, susahlah kita. Dia boleh bebas balik," kata bekas perdana menteri itu dalam satu rakaman yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Beliau mengulas persetujuan yang dicapai pihak Riza dengan pendakwaan dalam lima pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Riza Aziz

Dalam persetujuan itu, Riza dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta)

Jika Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, maka pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertuduhan tersebut dan mendakwanya di mahkamah.

Pada masa sama Mahathir berkata beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah dan percaya ia dibuat berasaskan undang-undang, tetapi pada masa sama sebagai anggota Parlimen, ia menunjukkan undang-undang mungkin perlu dipinda.

"Saya khuatir ada banyak lagi pencuri dalam negara kita dan kalau kita pegang kepada asas ini, mereka akan terlepaslah.

"Dia curi berbillion-billion...Dia bagi balik kepada kerajaan. Dia kata kepada kerajaan, 'Nah, duit yang aku curi. Sekarang ini, jangan ambil tindakan terhadap aku.' Kita pun kata, 'Sudah bagi balik duit okey lah'.

"Barangkali orang ramai bersetuju dengan pendapat ini (keputusan itu), tapi saya rasa susah sedikit nak terima," katanya lagi.

MR :  Atok mana ada salah diakan suci... anak-anak dia kaya sendiri dengan usaha sejak dibangku sekolah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Malang bekas dua pimpinan yang pernah bersama-sama PAS.mat sabu dengan kes anak berganja didisko manakala Husam kes anak jual pil kuda tepi rumah.Moga kita semua dilindungi daripada semua itu...

    BalasPadam
  2. Masa jd pm 4 ok lah masa tu hpone susah pakai public phone jer.. kot2 thn 1998 hujung2 baru ada hpone 3310, masa tu apa pm buat rakyat diam jer xtau apa..duit hilang 32b rakyat tau masa tu..ekonomi merudum jatuh rupa2nya pm 4 kaki judi..klu biar habis negara kena lelong..cukup2 lah dah lama dah..

    BalasPadam
  3. Anak mat sabu kes dadah.
    Bukan kes penyelewengan..kes dadah kes untuk diri beliau..tidak membabitkan kerajaan dan rakyat...kes 1mdb..memababitkan seluruh Malaysia.

    BalasPadam
  4. Anon 10.33

    Kes 1MDB kat mana membabitkan seluruh Malaysia..Masa PKP ni baru tau duit Malaysia ada..PH kata hutang Negara Malaysia 1 Trillion..mana datang duit BPN utk rakyat Malaysia jika banyak hutang..Bagi la fakta sikit kat sini kes 1MDB terbukti dah bersalah dan jatuh hukum dah..baru la orang percaya ianya melibatkan seluruh rakyat malaysia jadi miskin kerana negara berhutang pasal 1MDB..

    BalasPadam