Header Ads

Header ADS

Isu tidak iktiraf kerajaan hanya wayang politik


SHAH ALAM - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak memberi sebarang kesan kepada status kerajaan.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sah di sisi perundangan dan selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, bahkan kerajaan juga telah dibentuk dan sudah menjalankan tugas.

Menurutnya, soal iktiraf hanyalah permainan politik semata-mata dan dalam aspek teknikal, ia tidak menjejaskan kedudukan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Jadinya, kerajaan ini adalah kerajaan yang berfungsi dengan sah. Soal bilangan kerusi penyokong kerajaan di Dewan Rakyat pasti telah selesai sebelum Seri Paduka berkenan menerima para pemimpin PN menghadap untuk angkat sumpah secara sah.

“Ini petanda jelas bahawa Perdana Menteri dan kerajaan yang dipopularkan sebagai PN itu telah ada cukup majoriti,” katanya.

Beberapa hari lalu, Dr Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan usul itu telah diterima Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff sejajar dengan Peraturan Mesyuarat 27(3).

Bagaimanapun, usul itu mungkin tidak dapat dibahaskan ketika Persidangan Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei ini kerana menurut Perintah Tetap Dewan Rakyat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan.

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menyifatkan soal itu bukan menjadi isu utama ketika ini sebaliknya semua pihak perlu memberi fokus dalam memerangi Covid-19 dengan pengurusan terbaik yang perlu diutamakan semua pihak termasuk pihak blok pembangkang.

“Jadi parti dan tokoh dalam PN perlu hentikan wayang politik demi kestabilan kerajaan dan negara sekali gus membuktikan keikhlasan mentadbir secara bersama.

“Ancaman PN bukan dalam soal pengiktirafan daripada blok atau tokoh pembangkang tapi daripada dalam gabungan itu sendiri. PN akan dirosakkan jika tidak diurus selia perasaan, emosi, mental dan ketertiban dengan baik dan rasional,” katanya.

Sementara itu, cendekiawan sains politik, Dr Chandra Muzaffar turut mempersoalkan kebijaksanaan dalam tindakan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tatkala negara berdepan pandemik Covid-19.

“Negara sepatutnya memberi tumpuan terhadap pengurusan krisis kesihatan dan ekonomi yang saling berhubung kait ketika ini.

“Walaupun persoalan sama ada Muhyiddin mendapat sokongan Dewan Rakyat atau sebaliknya perlu diselesaikan, namun ia boleh ditunggu.

“Hanya satu kemungkinan daripada hasil undian itu iaitu pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan. Jika itu berlaku, ia akan membabitkan kos kewangan sangat tinggi. Adakah kita mampu menanggung perbelanjaan begitu besar?” soalnya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan tindakan tidak mengiktiraf kerajaan itu sebagai melampaui batas.

Katanya, Malaysia bukan milik peribadi sesiapa dan para pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) tidak boleh sesuka hati mahu mengiktiraf kerajaan yang memerintah atau sebaliknya.

“Jika ada pihak yang umum mereka tak iktiraf kerajaan baharu, adakah ini bermakna mereka juga tidak iktiraf Perlembagaan Persekutuan, kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja?” soalnya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Usul ni boleh di selesaikan di persidangan parlimen di bulan julai esok, kalau diizinkan Allah. Kalau speaker buat hal pada 18 mei nanti dan parlimen tergantung kita tau lah dia berpihak kepada siapa. Apa2 pun peluang baik untuk menenggelamkan si kitol untuk selamanya.

    BalasPadam
  2. HAKIKATNYA PN adalah KERAJAAN MENANG TANPA BERTANDING...yang digunapakai seluruh dunia dalam pemilihan sesebuah Organisasi maupun pertandingan permainan.wlau di tohmah adu domba fitnah sebagai perampas/pengkhianat/tiada mandat.jangan lupa kes shafie afdal pun melalui pintu belakng bila ramai mp2 yg menang melompat...BERSATU juga menerima MP lompat.Anwar juga mengkhianati REFORMASI selama ini.pimpinan P akatan K encing P unah H arapan terserlah munafiknya dalam segala manifesto dan tidak amanah pada rakyat..mungkir janji dan menipu

    BalasPadam
  3. Pengerusi bersatu membawa usul undi tk percaya pd peresiden bersatu sebagai PM kerajaan PN adalah amat mengecewakan dan memalukan parti bersatu sendiri..Tun M lebih pentingkan ajinda peribadi daripada kepentingan rakyat lebih-lebih lg dlm stuasi Negara sekarang..Semua ahli2 parlimen sewajarnya tk menyokong usul tersebut untuk kebaikan kestabilan sosio ekonomi politik kesihatan perpaduan kaum di negara masa ini..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.