Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Umno Melaka dilantik PN jadi speaker DUN


Adun Perikatan Nasional (PN) hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri (DUN) tanpa kehadiran wakil pembangkang.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.

Ia berlaku hanya kira-kira satu jam selepas sidang DUN ditangguhkan oleh speaker yang dilantik semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Omar Jaafar, ekiran perbahasan panas mengenai usul mengetepikan beliau.

Menurut wartawan media kerajaan - yang dibenarkan membuat liputan sidang berkenaan melalui siaran langsung dari bilik berasingan - sidang itu bermula dengan Adun Rim (Umno), Ghazale Mohamad, bertindak sebagai pemangku speaker.

Beliau kemudian memulakan proses mengundi bagi mendapatkan speaker yang baru.

"Seramai 16 Adun mengundi menyokong pencalonan Rauf sebagai speaker yang baru," kata wartawan berkenaan.

Untuk rekod, hanya media kerajaan dibenarkan membuat liputan sidang hari ini, manakala selain daripada agensi terbabit dilarang.

Pada jam 10 pagi tadi, Omar menangguhkan sidang DUN hanya selepas 30 minit berlangsung apabila berlaku perbalahan di antara beliau dengan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dan beberapa Adun PH.

Ia bermula apabila Idris memberitahu Omar bahawa beliau tidak layak menjalankan tugas sebagai speaker kerana PH tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Melaka.

Kerajaan PH Melaka jatuh pada 2 Mac lalu selepas dua daripada Adun mereka berpaling tadah untuk menyertai PN yang kemudian menguasai kerusi DUN dengan 17 wakil.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Keadaan macam ni boleh berlaku juga waktu persidangan parlimen pada 18 mei nanti. Harapnya PN janganlah mula usul nak ganti speaker. Jadi gentleman sikit, tengok dulu apa speaker nak buat nanti.

    BalasPadam