Header Ads

ads header

Flash News

Jangan hipokrit, Takiyuddin beritahu Dr M selepas mahkamah lepas Riza Aziz


Kerajaan menasihatkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad supaya tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau keliru susulan keputusan Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz (gambar).

Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat oleh peguam negara dan dilaksanakan oleh timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes tersebut pada akhir 2019.

“Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir tentang tindakan Mahkamah Sesyen memberikan Pelepasan Tanpa Pembebasan (Discharge Not Amounting To Acquittal) kepada Riza Aziz baru-baru ini.

“Kerajaan berharap Tun tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau ‘tertanya-tanya’, keliru dan tidak faham terhadap suatu keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes ini pada akhir tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perbuatan Mahathir amat tidak munasabah sebagai bekas perdana menteri pada masa tersebut dan berharap pemimpin itu tidak terus mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’.

“Kerajaan PN akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman dan proses perundangan yang sah,” katanya.

Mahathir semalam berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan kes pengubahan wang membabitkan penerbit filem Hollywood, Riza Aziz, kerana bimbang ia akan dijadikan rujukan oleh pihak lain yang mencuri wang rakyat.

Dalam satu rakaman video Mahathir berkata, beliau “keliru” kerana pendakwaan terhadap individu yang didakwa “mencuri wang” boleh ditarik balik selepas tertuduh bersetuju mengembalikan wang itu.

“Dia curi berbilion, dia bawa dengan lori bagi balik kepada kerajaan. Dia kata ini duit aku curi, sekarang jangan ambil tindakan ke atas aku,” katanya dalam klip video yang dimuat naik ke Facebook.

Riza yang juga merupakan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, dilepas tanpa dibebaskan daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Pada Khamis, hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azman Ahmad membenarkan permohonan pelepasan itu selepas pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian penyelesaian dengan pihak pendakwaan.

Pada Julai 2019 Riza memohon untuk dibicarakan terhadap tuduhan pengubahan wang melibatkan dana yang diterima daripada Good Star Ltd dan Aabar Investments PJS Ltd.

Dua syarikat itu dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan