Header Ads

ads header

Flash News

100 pemimpin PKR Kedah keluar parti, sokong PN


ALOR SETAR: Seramai 100 pemimpin bahagian dan cawangan PKR Kedah meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan pusatnya.

Mereka kini menyokong Perikatan Nasional dan mendakwa diri sebahagian daripada NGO berkaitan PN, Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Perkara itu diumumkan Adun Lunas, Azman Nasrudin, yang meninggalkan PKR bersama Adun Sidam, Robert Ling pada 12 Mei lalu. Mereka kini wakil rakyat bebas di Kedah.

Azman dalam sidang media di Pendang hari ini berkata, sekurang-kurangnya “8,000 hingga 10,000” ahli PKR dijangka meninggalkan parti itu pada minggu depan dan menyertai PKN.

Beliau dan pemimpin lain menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai simbolik keluar parti.

Tindakan Azman dan Ling keluar parti bersama 4 lagi Adun PPBM menyokong PN menyebabkan kejatuhan Menteri Besar, Mukhriz Mahathir dan kerajaan negeri baru pimpinan PAS akan ditubuhkan esok.

Kini, PN mempunyai majoriti mudah 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sementara itu, raptai upacara angkat sumpah menteri besar baru dilaporkan berlangsung hari ini di Wisma Darul Aman dengan sumber berkata upacara itu akan diadakan esok.


MR :  Tak lama tu, tanda awal nak pergi..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Alhamdulillah... syukur ramai yang telah sedar

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...kami menadah tangan menyambut teman2 yg telah sedar akan kesilapan lalu menyokong PH.
    Harap jgn ulangi kesilapan lagi

    BalasPadam
  3. PKR sinonim sebagai P ARTI K HIANAT R EFORMASI RAKYAT...yang di cabuli oleh ANWAR sendiri...lari dari tujuan mencari keadilan..KHIANAT pada PARTI kerana akhirnya melutut pada Tun yang memenjarakannya.

    BalasPadam
  4. PKR wajib dikuburkan lari dari matlamat asal hingga HURU-HARAKAN negara dengan DEMONTRASI JALANAN ...kononnya nak membela ANWAR...AKHIRNYA Anwar mengigit mereka

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Kembali ke matlamat asal jgn lagi bergantung dibawah telunjuk dap gabungan ph...

    BalasPadam
  6. Malaysia ini utk orang Melayu dan bumiputera sahaja.
    Kita as udah tak boleh bergantung kpd orang bukan Melayu setelah apa yg terjadi di zaman pemerintahan PH.
    Tak perlu lagi kita tagih undi non Malay. Tak payah buang masa. Melayu tolong Melayu sahaja.

    BalasPadam
  7. Raya kali ni pun tak payah lah mengarut nak ajak Non Muslim raya sama. Tak guna pun. Menyemak aje.
    Depan tunjuk baik, belakang kutuk Melayu kaw kaw.
    Muali hari ni, kita tak boleh bagi muka lagi pada golongan yg tak bertermiakasih ni.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. Berbahgialah di kerajaan baru,😎😎😎

    BalasPadam
  10. Tuan tuan yg dimulia kan... Kalau bole nk komen pasal politik jgn babit kan perkauman... Bukan kah bangsa lain ada yg beragama islam? Daulat kan agama dan berlaku baik kpd setiap bangsa. Asal bangsa itu tak memusuhi islam

    BalasPadam