Header Ads

ads header

Flash News

Jangan tuduh Umno ‘beli’ Adun Warisan


PETALING JAYA:
Selepas ditempelak Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, pemimpin Umno Sabah menasihati bekas timbalan menteri itu tidak gelabah susulan khabar angin mengatakan kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal akan tumbang.

Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain berkata tindakan Azis menuduh Umno cuba “membeli” Adun gabungan Warisan sebenarnya tidak demokrasi, sambil mengimbau krisis politik Sabah sebelum ini di mana wakil rakyat Barisan Nasional melompat menyertai gabungan parti yang diketuai Shafie.

“Azis tidak perlu gelabah dengan memfitnah Umno bahawa parti itu sedang membeli Adun-Adun untuk menubuhkan kerajaan yang tidak demokratik. Sebagai rekod, kerajaan Shafie lah sebenarnya yang tidak demokratik.

“Adun-Adun tidak perlu dibeli. Mereka pun sedar dan tahu bahawa rakyat bakal menghukum mereka pada pilihan raya akan datang sekiranya mereka masih gagal memahami siri penolakan rakyat di 4 PRK, termasuk di Kimanis,” katanya dalam satu kenyataan.

Azis sebelum ini menempelak Umno supaya jangan bermimpi mahu membentuk kerajaan pintu belakang di Sabah melalui usaha membeli wakil rakyat untuk berpaling tadah.

Katanya, pihaknya tahu cubaan Umno membeli wakil rakyat supaya parti itu dapat membentuk kerajaan yang tidak demokratik.

Kenyataan Azis itu menyusuli selepas, Abdul Aziz dalam Facebook miliknya semalam menyatakan ramai Adun Sabah tidak berpuas hati sehingga tidak hadir sidang akhbar menyokong ketua menteri, baru-baru ini.

Azis menyifatkan kenyataan itu sangat dangkal dan cuba memainkan isu untuk mengelirukan rakyat.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan kenyataannya sebelum ini dibuat mengambil kira jumlah sokongan kepada Shafie hanya 19 Adun dan ia memberi gambaran ketua menteri Sabah itu tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Reaksi saya dan pemimpin Umno yang lain adalah berdasarkan aksi ‘political stunt’ yang dibuat oleh Wilfred Madius Tangau (Upko) pada 15hb Mei 2020 melalui satu sidang media.

“Tangau dengan tidak semena-mena cuba mengumpulkan semua Adun yang menyokong kepimpinan Shafie dalam sidang media khas di Magelan Sutera. Sidang media ini dibuat rentetan khabar angin yang bertiup kencang bahawa akan berlaku perubahan kerajaan pada Julai nanti.

“Dalam sidang media tersebut, Tangau menegaskan keyakinannya bahawa Adun masih setia dan terus teguh bersama Shafie.

“Ironinya yang hadir menyatakan kesetiaan cuma 19 Adun. Angka 19 jelas menunjukkan Shafie mungkin tidak ada lagi majoriti yang cukup untuk menerajui kerajaan negeri.

“Makanya, dengan menggunakan kaedah matematik yang mudah, angka 19 adalah munasabah untuk sesiapa sahaja membuat andaian bahawa kerajaan Shafie sedang retak dan menunggu pecah,” katanya.

Beliau turut menasihati Azis supaya turun padang membantu rakyat selagi Warisan Sabah mempunyai kuasa.

MR :  Yang kalah beli yang menang?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan