Header Ads

ads header

Flash News

Jersi baharu City teruk dikecam


LONDON:
Peminat Manchester City mengkritik reka bentuk jersi pasukan itu yang dilabel seperti "sel di bawah mikroskop" selepas ia tersebar di media sosial.

Jersi ketiga jenama Puma 2020/21 itu tersebar di media sosial selepas FootyHeadlines mendedahkan tawaran baharu berkenaan.

Dalam perlumbaan dengan gaya jersi bola sepak yang baharu dan unik, pengeluar semakin berani dengan reka bentuk mereka.

FootyHeadlines memetik penjelasan Puma berkata: "Jersi ketiga 20/21 Man City mengambil inspirasi dari corak Paisley yang dikaitkan dengan muzik BritPop era 1960-an dan 1990-an. "

Namun ia tetap tidak meyakinkan penyokong menerusi perdebatan mereka di media sosial mengenai jersi ketiga City itu.

Seorang peminat City menulis: "Mengapa Puma berpendapat bahawa ia idea yang baik untuk mempunyai jersi yang kelihatan seperti kaca pecah dan sel di bawah mikroskop? Menyebabkan orang kurang membeli jersi anda dan ia satu model perniagaan yang menakutkan."

Antara komen lain yang turut menarik perhatian termasuk: "Edisi Coronavirus."

Pengguna Twitter, Papa menulis: "Setiap kali saya melihat salah satu reka bentuk hipster ini, saya mengutuk pada hari kita menandatangani kontrak dengan Puma."

- AGENSI


MR :  Macam contengan tt hari guru oleh pelajar sekolah rendah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan