Header Ads

ads header

Flash News

Kecintaan kepada Islam mesti digunakan untuk menyatukan umat Islam kata Abdul Hadi


Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang, akan menggunakan hubungan baiknya dengan organisasi dan pemimpin antarabangsa bagi menyuarakan isu dihadapi umat Islam khususnya di Pelestin, Rohingya serta Kashmir.

Menurut Abdul Hadi, beliau bersama rakan-rakan yang lain akan berusaha untuk mencari titik pertemuan bagi menyeru pemimpin dan umat Islam seluruh dunia bersatu.

"Walaupun tugas berat dan besar saya anggap ini satu tugas yang wajib dan dengan dibantu rakan-rakan yang lain kita akan berusaha satukan umat Islam yang berpecah sehingga diratah oleh musuh-musuh.

"Keseluruhan umat Islam masih ada kecintaan pada umat Islam, titik pertemuan kepada kecintaan kepada Islam mesti digunakan untuk menyatukan umat Islam.

"Insya-Allah saya akan manfaatkann hubungan saya dengan organisasi antarabangsa dan pemimpin antarabangsa, bukan saja isu Palestin, isu Rohingya dan Khasmir akan kita usahakan," katanya dalam program bual bicara yang disiarkan di TV Alhijrah pagi ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah tokoh yang dirujuk presiden PAS itu sebagai "rakan-rakan" beliau itu.

Pada program itu, Abdul Hadi yang juga ahl parlimen Marang diundang sebagai tetamu bagi membicarakan Pasca 72 Tahun Derita Nakbah Palestin.

Ia bagi memperingati detik sejarah apabila bumi Palestin diceroboh oleh Zionis Israel.

Pada 2 April lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pelantikan Abdul Hadi sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu juga meletakkan presiden PAS terbabit sebagai bertaraf menteri.

Mengulas mengenai penindasan yang dihadapi umat Islam di Palestin, Abdul Hadi berkata menjadi tanggungjawab umat Islam menentang kezaliman berkenaan.

Dalam mengenang peristiwa nakbah itu Abdul Hadi berkata, majoriti negara dunia menentang penubuhan negara haram Israel.

Malah katanya, negara Islam di rantau ini seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei juga turut tidak mengiktiraf pembentukan Israel.

Sempena bulan Ramadan ini, Hadi menyeru kepada umat Islam supaya menghayati sirah perjuangan Islam dan terus berdoa untuk rakyat Palestin yang dizalimi.

"Ramadan bulan bersejarah bagi melahirkan takwa kepada Allah ia bulan kemenangan badar (perang badar) yang terkenal serta kemerdekaan kota Makkah.

"Sekiranya kita kembali kepada agama, Allah berikan kekuatan kepada kita.

"Manfaatkan dalam (bulan) puasa yang wajib ini berdoa bukan saja untuk kita tapi untuk umat Islam," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Cukuplah orang Melayu oi. Berhentilah berhentilah berurusan dengan cina dan India. Berhentilah beli barangan mereka dan kedai mereka. Kita jaga kita. Mereka ni tak boleh di harap. Bila kaya berlagak sombong. Bila kaya pandang rendah orang Melayu. Padahal yang kayakan mereka adalah orang kita juga.

    Cukuplah. Sudahlah. Tak payahlah nak ada muhibah dengan orang orang seperti mereka ini. Mereka takkan masuk Islam dengan cara kita berbaik dengan mereka. Takkan punya. Mereka akan hanya masuk Islam jikalau kita ada prinsip. Jikalau kita tegas dan bukannya kita terhegeh-hegeh utk tunjukkan kebaikan kita.

    Ajak mereka sama buka puasa buat apa? Mereka takkan terpesona dengan cara itu. Kalau ya pun, mereka pura-pura sahaja.
    Itulah sifat orang kafir. Quran pun dah bagitau kita secara terang sifat mereka macamana.

    Nak kawan boleh, nak niaga boleh, nak kerja boleh, Tapi fikir lah semua kena ada prinsip dan garis panduan. Cakap mereka jangan terus pakai. Sentiasa ada dalam hati kita yg segala cakap mereka itu hanya manis mulut sahaja.

    Itu sebab kita kena hanya rely on Allah. Itu sahaja. Jangan rely kat makhluk sebab makhluk ni tiada kuasa utk menentukan apa-apa.

    Yang hanya dapat menolong kita dan menentukan sesuatu hanyalah Allah. Allah sahajalah sebaik baik pembela, pemberi rezeki dan pelindung.

    Stoplah. Stoplah jadikan cina atau India kaya. Sudah tiba masanya Malaysia utk Melayu dan Bumiputera sahaja.

    Yang lain tu kita biarkan mereka. Jikalau mereka mahu hidup sama dgn orang Melayu mereka perlu hormat orang Melayu. Perlu hormat Islam, perlu hormat perlembagaan.

    Jikalau tidak, kita akan menentang mereka habis habisan termasuklah pengkhianat bangsa dan agama, anjing dan babi belaan mereka yg bersekongkol dgn orang kafir laknatullah.

    BalasPadam