Header Ads

Header ADS

Salahkan Najib atas Kejatuhan Kedah, rupanya Mukhriz pun "alergik" dengan Najib macam bapak dia





Kalau kita ikuti kenyataan daripada Mukhriz ni kita akan lihat dia ni macam orang 'hilang anak' sekali cakap macam itu sekali cakap macam ini.

1.  Semasa sidang akhbar untuk meletak jawatan dia cakap Muhyiddin Yassin punca kejatuhan PH Kedah dengan memberi alasan kerana Muhyiddin marah kepada dia pasal PH tak ikut serta dengan PN dalam kerajaan dan Kedah masih dengan PH. Dia kata Muhyiddin arah Hamzah Zainuddin meminta bersatu Kedah bersama UMNO dan PAS.

Kedua dia kata Muhyiddin marah kerana dia lawan bertanding sebagai Presiden BERSATU dan Ketiga dia kata Muhyiddin nak balas dendam pasal Ayah dia si Mahathir tu buat undi tak percaya di parlimen.

2.  Tak sampai satu hari dia tukar kenyataannya dia kata sebenarnya Najib menggunakan strageik bapak dia Mahathir SEMUANYA SALAH NAJIB. Dia kata tujuan kejatuhan KEDAH tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia.

Aku pening apa kaitan dengan 1MBD tu aku masih kabur. Entah-entah Mukhriz dan nyanyuk macam bapak dia.

3. Ni aku nak cerita, daripada maklumat AMANAH khadan DAP. Sebenarnya yang jatuhkan kerajaan Kedah adalah ANWAR BIN IBRAHIM. Aku sebelum ini dah siap artikel pasal perkara ini tapi entah macam mana lupa nak post.

Mahathir memang ancaman kepada Anwar tapi sesuatu kekuatan kepada Anwar dalam lumrah hidup, umur Mahathir taklah panjang sangat lagi. Jadi yang Anwar takut Mahathir ikut Muawiyyah serah PM kepada Mukhriz. Jadi dia memberikan lampu hijau kepada PKR Kedah sokong PAS. Surat ini adalah benar. Cuba fikir mudah ke nak buat keputusan sokong PAS jadi calon MB? Sedangkan setiap hari mulut PKR serang PAS dan fitnah PAS dengan wang RM90 juta melainkan ada agenda ke hadapan lebih besar.




Surat ini telah diakui kononnya cerita lama. Tapi drp cerita lama ini terhasil cerita baharu dan dunia baharu untuk Kedah. Orang kampung hanya tukar langsir untuk raya, Kedah tukar kerajaan. Itu aje panjang nanti lihat artikel yang akan dikeluarkan nanti dengan tarikh-tarikh kejadian.

Ulasan ini adalah untuk artikel di bawah.

--------------
Mukhriz: Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah


Di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan hilang jawatan menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendakwa Najib Razak menjadi dalang apa yang berlaku.

Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib.

"Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

"Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.

"Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan haram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu," kata Mukhriz dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Pada 14 Mei lalu mahkamah membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza yang juga penerbit filem Hollywood bergantung kepada pematuhannya terhadap persetujuan yang dicapai bersama pendakwaan untuk memulangkan jutaan ringgit wang kerajaan yang didakwa berkaitan degan lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, sekiranya Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, maka pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertuduhan tersebut dan mendakwanya di mahkamah.

Gelojoh nak jatuhkan MB


Hal ini dimaklumkan pada salinan kenyataan yang dibacakan oleh Ketua pasukan pendakwaan, Gopal Sri Ram, ketika beliau memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenai persetujuan dicapai antara tertuduh dan pihak pendakwaan.

Riza sebelum ini menghadapi lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) membabitkan dana 1MDB. Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mukhriz berkata, Muhyiddn juga membuka pintu yang luas untuk membawa kepada "pembebasan" pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan dihadapi mereka.



"Kini mereka kembali berkuasa apabila Muhyiddin buka pintu seluas-luasnya kerana mempertahankan kerusi empuk jawatan perdana menteri," kata Mukhriz.

Dalam pada itu secara sinis, Mukhriz berkata kejatuhannya dan kerajaan PH Kedah adalah hadiah hari jadi paling istimewa buat perdana menteri itu pada 15 Mei lalu.

Katanya, beliau menerima dengan hati terbuka tindakan pihak yang menggulingkannya sebagai menteri besar dan bertekad untuk kekal sebagai pembangkang sehingga habis penggal.

"Gelojoh nak jatuhkan menteri besar Bersatu sebagai hadiah hari jadi kepada perdana menteri, tak ada sekelumit pun ihsan kepada rakyat," katanya lagi.

Mukhriz berkata prestasi kerajaan PH sepanjang mentadbir Kedah cukup baik dan beliau akan memantau perjalanan kerajaan Kedah yang baru di bawah Perikatan Nasional (PN).

Ditanya wartawan tentang perjalanan politiknya, Mukhriz berkata kariernya banyak turun naik dan tidak mendatar malah lebih banyak jatuh.



MR :  Najib juga jadi mangsa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Alahai baru hilang jawatan mb dah sasau cam ne klu hilang harta berbillion agak nya terus celaru mental kau hilang jawatan tp x hilang mata pencarian.pernah kau fikir rakyat yg hilang mata pencarian akibat dri covid 19 ni dan bayang kan pula nak mula kan hidup baru lepas ni...tak mustahil lepas ni ada pula ujian dri allah untuk org2 yg kaya raya pula.klu bejaya mengaku usaha sendiri kenapa bila jatuh nak sabit kan org lain...come on lah boy boy.

    BalasPadam
  2. Inilah dikatakan bapa borik anak nya pun rintik. Tiada kelebihan.maaf saya katakan kedah dapat MB baru. Rakyat dapat tukar lansir raya.Moga moga lebih berhari raya negeri Kedah.hidup Islam.

    BalasPadam
  3. Tahniah MB Kedah yg baru.Jawatan politik BKN hak keluarga,ianya hak ramai.Orang lain pun ada kelayakan dan kebolehan memerintah,BKN hanya Mahathir and family je.

    BalasPadam
  4. ingat kuasa Di tangan rakyat bukan Di tangan Anda ahli politik

    BalasPadam
  5. Aduhai mcm tak boleh tetima hakikat lah pulak😎
    Tun dah ckp melayu bacul n pemalas ini lah balasnya dari melayu bacul n pemalas.

    BalasPadam
  6. Kalau dia dan semua keluarga dia juga bapa di kena siasat pun salah Najip juga rupanya pengaruh Najip untuk mereka tumbang sangat berkesan selepas bapa dia tuduh Najib dan Najib sumpah laknat hakir nya Ph termakan sumpah tu

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.