Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PN dinasihatakan bahawa Malaysia negera persekutuan


Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-Negeri Dan Persekutuan Parlimen Hassan Abdul Karim mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia ialah negara persekutuan.



Anggota parlimen Pasir Gudang berkata demikian ketika menasihatkan pusat supaya bermesyuarat dengan kesemua negeri sebelum membuat keputusan muktamad melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan membuka semula sektor ekonomi.

Perkara itu dilontarkan setelah beberapa negeri dilapor akan terus mengekalkan status quo PKP dan tidak mengikuti pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) yang diperkenalkan Putrajaya.

“Perbezaan pendekatan ini tidak baik bagi sebuah negara persekutuan seperti Malaysia,” katanya.

“Seterusnya, dalam semangat federalisme saya menyeru supaya kerajaan persekutuan mengambil kira pendirian dan pandangan kerajaan-kerajaan negeri sebelum mengambil keputusan yang lebih penting tidak lama lagi, iaitu untuk menamatkan PKP dan membuka semula sepenuhnya semua sektor ekonomi dan sektor awam.”

Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP.


MR :  Jangan perkara kecil menjadi titik kesilapan pengurusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan