Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Sarawak, PETRONAS capai kata sepakat


KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berjaya mencapai kata sepakat untuk memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai ke atas petroleum di Sarawak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penyelesaian itu adalah pendekatan mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara dalam jangka panjang.

"Sejak usaha untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 bermula secara rasminya pada Disember 2018, kerajaan negeri Sarawak dan PETRONAS berjaya mencapai kata sepakat memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum.

"Ini juga selari dengan dasar utama kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama yang bermatlamat untuk berkongsi kemakmuran negara merentas kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, penyelesaian itu akan memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk terbabit sama dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama PETRONAS.

Katanya, ia juga tidak mengubah peranan PETRONAS sebagai syarikat minyak mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras Perlembagaan Persekutuan.

"Jawatankuasa yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Kerja Raya dan Menteri Kewangan akan memastikan rundingan diteruskan ke arah penghasilan yang diterima oleh semua pihak," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan