Header Ads

ads header

Flash News

Pasar raya jangan buat undang-undang sendiri!


PUTRAJAYA - Pemilik pasar raya diingatkan untuk tidak membuat undang-undang sendiri dengan melarang pelanggan yang tidak memakai topeng muka masuk ke premis mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian topeng muka tidak wajib dari segi undang-undang dan tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342 jika seseorang individu itu tidak memakainya.

"Jadi pihak pasar raya tak boleh halau pelanggan atau tidak benarkan mereka masuk ke premis kerana pemakaian topeng muka tidak termasuk dalam peraturan atau akta tersebut.

"Saya cadangkan mereka boleh jual topeng muka di pintu masuk premis pada harga RM1 atau RM1.50 sekeping bagi menggalakkan pelanggan memakai topeng muka,"katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Katanya, tetapi jangan pula pemilik premis paksa pelanggan untuk beli satu kotak topeng muka, cukup jual sekeping bagi memudahkan pelanggan untuk masuk ke premis mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan