Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 4 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia


PARIS: Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia melepasi 4 juta orang pada Sabtu, menurut statistik AFP berdasarkan sumber rasmi setakat 2145 GMT.

Sekurang-kurangnya 4,001,437 kes Covid-19 dengan 277,127 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat ialah negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan 1,305,544 kes dan 78,618 kematian.

Eropah pula menjadi benua paling teruk terjejas dengan 1,708,648 kes dan 155,074 kematian.

Pengiraan AFP yang menggunakan data dikumpul daripada pihak berkuasa nasional dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil daripada jumlah sebenar individu dijangkiti Covid-19.

Kebanyakan negara hanya melakukan ujian saringan ke atas kes paling serius.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan