Header Ads

Header ADS

‘Letak jawatan Mukhriz, jangan menyusahkan orang’


Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir disaran supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah kehilangan majoriti untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu.

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, berkata itu langkah terbaik yang perlu diambil Mukhriz demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri serta tidak "menyusahkan banyak pihak".

"Sepatutnya dengan tidak menyusahkan banyak pihak termasuk istana, beliau meletak jawatan terlebih dulu.

"Kalau dia (Mukhriz) masih ada ahli (majoriti) yang cukup, dia boleh terus kekal sebagai menteri besar.

"Namun, kalau tak cukup (majoriti) sepatutnya letak jawatan," katanya Mahdzir yang juga bekas menteri besar Kedah kepada Malaysiakini, hari ini.

Mukhriz Mahathir

Hari ini, Mukhriz mempertahankan yang beliau masih menteri besar Kedah walaupun pembangkang mendakwa beliau telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah dakwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Mukhriz yang juga Adun Jerlun berkata terdapat prosedur yang perlu diikut untuk menukar kerajaan.

PH Kedah dan Mukhriz hilang majoriti selepas Adun Sidam dan Lunas mengumumkan keluar PKR (bawah) dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Susulan perkembangan itu, PAS Kedah mengumumkan PN mempunyai majoriti mudah, serta mendapat sokongan empat Adun Bersatu, untuk menubuhkan kerajaan baru.

Untuk rekod ini kali kedua kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tergugat, kali pertama berlaku ketika beliau bersama Umno.

Krisis dalaman Umno membabitkan Mukhriz dan kepimpinan utama ketika itu menyaksikan beliau meletak jawatan menteri besar Kedah pada 3 Feb 2016.

Yakin kebijaksaan sultan


Mengulas lanjut Mahdzir berkata, beliau yakin pihak istana khususnya sultan mempunyai jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut berkenaan.

Bahkan katanya ia bukanlah kali pertama Kedah berdepan dengan krisis politik sedemikian rupa.

"Isu Kedah ini bukanlah kali pertama berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan pihak istana.

"Saya yakin dalam isu ini pihak istana khususnya Tuanku Sultan mempunyai kebijaksanaan dalam mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini," katanya.

MR :  Anak bapak... Lihat bapak dia mana ada nak tinggap PM walaupun dah 93 tahun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Eehh..mengharapkan sultan pulak. Kan bapa awak tak setuku ydpa give away kerajaan tiada majoriti..kononnya.

    BalasPadam
  2. sifat MALU sebahagian drp IMAN.tetapi jika tidak ada sifat malu maka jatuhlah kemaluannya.

    BalasPadam
  3. DSMM bubarkan saja DUN Kedah kita pilih dalam PRN

    BalasPadam
  4. Baru anak jantan menang atau kalah tak kisah baru dapat kerajaan yang sah rezeki pun HALAL

    BalasPadam
  5. boboi di mana..boboi apa cerita..boboi menangis ke..
    boboi pegi je la..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.