Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir nak perangkap Anwar nak umum BERSATU masih dalam PH


Dr Mahathir Mohamad jemput Anwar bersama mereka untuk sidang media selepas parlimen atau tujuan nak umum PPBM masih bersama PH, jika Anwar ada Anwar terperangkan aguk aje. Tapi rupanya Anwar bijak juga setelah 2 kali kena kencing dengan Mahathir.

Mat Sabu dan Safoe Afdal dah lama kena cucuk hidung. Nak buat macam mana umum jugalah.

PH yang banyak kali diulang oleh Anwar Ibrahim adalah gabungan PKR, DAP dan AMANAH. Jadi oleh sebab itu PH memutuskan ketua Pembangkang adalah Anwar Ibrahim. Baru ini PH umum bahawa pengerusi PH adalah Anwar Ibrahim.

Sekarang Mahathir tersempit hanya ada beberapa pimpinan AMANAH yang masih mengharapkan insan Mahathir demi servival politik mereka.

Tadi Dr Mahathir Mohamad menegaskan PPBM masih sebahagian Pakatan Harapan, bertentang dengan apa yang diumumkan Presiden Muhyiddin Yasssin sebelum ini.

Katanya, majlis pimpinan tertinggi parti itu tidak pernah membuat keputusan keluar Pakatan Harapan, dan apa yang dikatakan sebelum itu hanyalah “cadangan”.

“Apa yang dilakukan Muhyiddin sebagai presiden tidak melalui proses biasa,” kata Mahathir pada sidang media bersama penyokongnya, pemimpin Pakatan Harapan dan Warisan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

“MPT tidak pernah buat keputusan keluar daripada PH.”

Merujuk kepada rakaman audio mesyuarat MPT sebelum perubahan kerajaan, Mahathir berkata Muhyiddin memberikan masa 1 minggu kepadanya untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Tapi sebelum genap 1 minggu, dia sudah ambil tindakan tidak ada lagi dalam PH. Ini bertentangan dengan perlembagaan parti,” katanya.

Begitu juga halnya dengan pengumuman menyertai Perikatan Nasional. “Sebelum ini Umno kata tidak ada PN tapi Muhyiddin sertai PN sebelum ia ditubuhkan, dan menyertainya tanpa mendapat keputusan MPT.”

“Ini bertentangan dengan dasar perlembagaan parti,” katanya.

Turut bersama Mahathir pada sidang media hari ini Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Warisan, Shafie Apdal.


MR :  Mampukah Mahthir nak hadapi Muhyiddin yang cool itu?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Game over dah atuk.Cantik jika waktu yang masih bersisa ini digunakan sepenuhnya untuk bekalan balik ke kampung asal akhirat.dah cukup salahkan semua orang.Atuk sorang jer betul

    BalasPadam
  2. Sekarang masanya untuk Anwar jauhkan dirinya dari Mahathir dan tamatkan riwayat hidup politik Mahathir. Brape kali nak kena game dengan Mahathir ni dah 22 tahun tak sedar sedar lagi. Julai nanti kalau undi tak percaya timbul PKR sepatutnya berkecuali dan habislah Mahathir dan kuncu kuncu dia yang telah buat hidup Anwar a living hell. PM pun boleh tendang mereka ni keluar dari BERSATU. Anwar akan dilihat seperti Anwar 1998 bukan Anwar sekarang yang masih mengharapkan Mahathir untuk dijadikan PM.

    BalasPadam