Header Ads

ads header

Flash News

Polis sahkan tahan bekas pegawai Khalid Samad, suami isteri


Polis hari ini mengesahkan menahan bekas setiausaha politik bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad serta sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung aduan sebuah firma arkitek mengenai arahan pembangunan (DO) palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditanya berhubung penahanan seorang setiausaha politik bekas menteri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan semalam.

Mohd Zakaria bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, media melaporkan tiga individu iaitu sepasang suami isteri berusia 66 dan 43 tahun serta bekas setiausaha politik kepada bekas seorang menteri berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan berhubung kelulusan perancangan pembangunan.

Sementara itu, Khalid mengesahkan bekas setiausaha politiknya direman polis semalam susulan aduan sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima DO palsu daripada seorang 'broker'.

"Saya tidak boleh menceritakan lebih daripada itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya diberitahu 'broker' berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini," katanya menerusi perkongsian di laman Twitternya semalam.

- Bernama

MR :  Tunggu dan sabar itu tahu cerita sebenar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan