Header Ads

ads header

Flash News

Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli


Siapa yang tidak mengenali Ebit Lew, seorang penceramah agama berbangsa Cina yang cukup dikenali di Malaysia berikutan kegigihan beliau membantu mereka yang memerlukan.
Bagi anda yang tidak tahu, beliau menjual pelbagai jenis kurta dan baju Melayu dikenali sebagai Elew’s Design dan kedainya terletak di Bangi Sentral. Tidak lama lagi, Aidilfitri bakal menjelma dan ramai mula membeli kelengkapan terutama sekali baju raya.
Apa yang mengejutkan, Ebit Lew sedang menawarkan pekerjaan sebagai tukang jahit berikutan menerima lambakan tempahan pakaian Elew’s Design. Difahamkan beliau mencari 100 tukang jahit ketika ini.
Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Banyak sangat order. Habis baju elews design-ebitlew
Posted by Ebit Lew on Sunday, 3 May 2020
Bagi anda yang ingin bekerja sebagai tukang jahit di kilang milik Ebit Lew, anda boleh hubungi sendiri Ebit Lew di Facebook beliau. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi Elew’s Design.

Akan tetapi, segelintir netizen berkata lebih baik menyokong Ebit Lew dengan membeli koleksinya berbanding membeli produk daripada Jakel. Bagi anda yang tidak tahu, orang ramai terutama sekali kaum Melayu berasa marah dengan Jakel kerana anak perniagaan tersebut bertindak ‘menghina’ mereka.
Rata-rata netizen berasa kecil hati dan bertindak ingin memboikot Jakel. Malah, para netizen ingin membuktikan kuasa pembeli berada dalam tangan mereka.

Screenshot 2020-05-04 at 10.02.40 AM
Screenshot 2020-05-04 at 10.03.32 AM
Elew’s design by ustaz ebit lew atau jakel yg hina2 melayu korang nak??kalau aku..aku pilih elew design by ustaz ebit…
Posted by Zahid Ayed on Saturday, 2 May 2020
Sebarkan peluang pekerjaan ini kepada mereka yang memerlukan dan apakah pandangan anda mengenai isu Jakel sebelum ini?

#sumber

MR :  Cadangan baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Adakah kukuh sindrom Tiada maaf bagimu?
    akhir2 ini semarak budaya membenci sesama Islam.kutuk sesama Islam,londeh melondeh sesama islam.Serang Ebit,Serang Rohingya,serang Jakel.
    Orang bukan Islam tadak bising apapun, mungkin menghayati Ramadan.
    Bukan islam tadak serang sesama mereka.
    Apa dan siapa agendakan semuanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Virus virus untuk merosakkan BMF sedang mula disebarkan.Yang tidak tahu hujung pangkal pula ramai jadi pak pandir bercakaran sesama Islam.Kekadang kita sendiri pelik dengan perangai manusia yang tidak suka kepada kebaikan ajaran Islam.Bila dilihat,nama mereka macam orang Islam,rupa macam Islam,beribadah macam Islam,bercakap macam Islam tapi tidak suka kepada kebaikan dan ajaran atau syiar Islam yang ditampilkan.Dalam agama Islam yang benar, tiada satupun ajaran Allah dan para Rasulnya yang menyuruh melakukan dosa kejahatan atau kemungkaran dan membenci kebenaran tapi mereka yang melakukan itu mungkin sesat kerana menurut hawanafsu,mereka termakan hasutan jahat syaitan ataupun mereka itu sendiri adalah setan yang wajah seperti manusia

      Padam
  2. Dap lg kita boikot..asal buat x
    Betui..layak d boikot..baru tahu bumi melayu berdaulat..

    BalasPadam
  3. Aslmkm, ust ebiet liew, buka cawangan kat Saratok sarawak. In sha Allah.

    BalasPadam