Header Ads

Header ADS

Menumpang dan menjaga Kubur



Ya Allah sayunya hati ini. 5 tahun keluarga ini tinggal disini Tumpat. Sebuah keluarga anak 9 orang. Paling besar 18 tahun. 5 tahun duduk sini. Takde bilik apa. Mereka menumpang sambil menjaga kubur. Sebelum ini ada sewa rumah rm200 tak mampu nak bayar. Suami kakak ini sakit jantung. Suami isteri kerja cari besi buruk dan jaga kubur. Anak sulung 18 tahun sebelum ni kerja kantin sekolah.

Menangis tengok semua ini. Saya ajak keluarga ini pindah rumah baru. Saya bayarkan sewa semua dan bayarkan. Tak tahulah bila tengok orang susah saya terasa seperti keluarga saya. Rumah ni peti ais, mesin basuh dan tiada apa pun. Rasa macam semua tiada. Ya Allah tuhanku.

Syukur wakil Menteri Besar, Yb, penghulu, imam semua hadir bersama tadi. Mereka ucap tahniah dan terima kaseh membantu. Mereka ada menghantar bekalan makanan dan ada peruntukan nak repair rumah. Cuma tanah orang jadi tak dapat nak repair. Mereka dapat bantuan JKM rm200 sebulan. Terima kaseh Ngo tempatan disini yang bantu saya tunjuk jalan dan kongsikan masalah disini. Terima kaseh semua.


Syukur Allah mudahkan dalam masa 3 jam dapat sewa rumah baru Rm450 sebulan. Saya akan bayar bil elektrik dll selagi hayat insyaAllah. Ada 3 bilik cantik. Saya belikan keluarga ini Motor Modenas baru Rm3300 kerana susah mereka nak bergerak. Tadi ajar guna peti ais dan mesin basuh. Belikan semua barang keperluan asas rumah..Katil double 2 dan katil single 2.

Seronok tengok senyuman orang lain. Bahagia sentiasa.



MR :  Semoga Allah berkati


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kerajaan kelantan tengok2lah kebajikan orang miskin seperti ini.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.