Header Ads

ads header

Flash News

TSMY ‘video call’ dengan frontliner (bersama video)


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap semua petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Bercakap pada sidang video kira-kira 30 minit bersama barisan hadapan negara yang terlibat dalam menangani Covid-19, Muhyiddin berkata, pengiktirafan berkenaan bukan sahaja diberikan di negara malah di peringkat antarabangsa.
Usaha yang dilakukan memberi kesan

    “Usaha yang telah dilakukan ini telah memberi kesan. Ini adalah sesuatu yang kita patut berbangga bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dari segi pengurusan wabak Covid-19…”

    “Saya rasa ia satu pengiktirafan, kredit (penghargaan) kepada semua yang terlibat dan bekerja keras selama ini…”

“Saya cukup berbangga…” – PM

Selain itu, Muhyiddin berkata, pengurusan kesihatan Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia.

    “Ini satu kredit yang saya cukup bangga dan saya kira ini satu contoh bahawa memang kita berupaya sebab itu walaupun nampaknya graf (Covid-19) sudah menurun tetapi belum sampai ke paras mendatar…”
Muhyiddin berkata, inisiatif berkenaan perlu diteruskan “rakyat harus ke depan untuk memainkan peranan juga, jadi saya hendak ucapkan terima kasih kerana berpeluang bercakap secara santai”.

Beliau sekali lagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar yang dimainkan oleh semua pihak untuk membantu meletakkan Malaysia di satu keadaan yang lebih baik daripada masa-masa lepas.




MR :  Peduli rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan