Header Ads

Header ADS

Muhyiddin mungkin kalah, tetapi PH tidak akan menang, kata penganalisis


PETALING JAYA: Umno dan PAS akan menang besar sekiranya Dr Mahathir Mohamad berjaya dalam usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen, kata 2 penganalisis politik.

“Pengundi Melayu tidak berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang dilihat gagal memanfaatkan tempoh 22 bulan ketika ia bekuasa susulan perbalahan dalaman. Jadi jika ada undi tidak percaya, Muhyiddin mungkin kalah, tetapi PH tidak akan menang,” kata Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sebaliknya, sekiranya usul undi tidak percaya itu gagal, maka ia menandakan berakhirnya kerjaya politik Mahathir yang panjang, katanya.

Azmi dan Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju sekiranya perdana menteri hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan terpaksa mengadakan pilihan raya, 2 parti yang besar kemungkinan akan menang ialah Umno dan PAS yang akan bertanding sebagai satu pasukan.

“PPBM, yang tidak bersama PH, akan berdiri bersendirian, sementara PH tidak mempunyai parti Melayu,” kata mereka.

Mahathir mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila Parlimen bersidang pada 18 Mei ini.

Bagaimanapun usul ini dijangka tidak dibahaskan dan diundi kerana urusan kerajaan akan didahulukan mengatasi semua usul lain atau rang undang-undang persendirian.

Azmi berkata, tarikh paling awal usul itu boleh dibahaskan ialah pada Julai, tetapi “pada waktu itu Muhyiddin sudah pun mengukuhkan kedudukannya”.

Katanya, orang ramai tidak mahu pilihan raya umum diadakan sewaktu wabak Covid-19 masih menular dan menyaksikan kegiatan ekonomi hampir terhenti.

“Saya percaya Muhyiddin hampir pasti akan mendapat sokongan daripada Umno, PAS dan GPS” sekiranya usul itu diundi, katanya.

Awang Azman berkata, sebagai perdana menteri, Muhyiddin berada di kedudukan yang baik bagi memperkukuh sokongannya.

“Tetapi sekiranya usul Mahathir berjaya, Muhyiddin akan tewas kerana Umno dan PAS mungkin akan bersama-sama dengan parti komponen Barisan nasional (BN) dan parti lain, tanpa PPBM.

“Sukar bagi PH untuk menang pilihan raya umum, mereka tidak mendapat sokongan akar umbi orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Muhyiddin boleh membuktikan beliau mendapat sokongan di Parlimen, maka ini bermakna beliau merupakan pemimpin dominan dalam PPBM dan boleh menjadi kelebihan besar dalam pemilihan parti itu.

Turut memburukkan keadaan bagi kumpulan penyokong Mahathir ialah ketidaktentuan politik di Kedah, di mana anak beliau, Mukhriz menjadi menteri besar.

Wujud spekulasi bahawa Mukhriz semakin kehilangan sokongan Adun PPBM di negeri itu selepas kebanyakan pemimpin negeri berkenaan memihak kepada Muhyiddin dalam usahanya membentuk gabungan politik baru dengan Umno dan PAS.

PAS menguasai 15 daripada 36 kerusi DUN di Kedah, sementara Umno mempunyai 2 kerusi. Terdapat 19 Adun yang bertanding atas tiket PH dalam pilihan raya umum 2018, iaitu 7 mewakili PKR, 6 PPBM, 4 Amanah dan 2 DAP.

Azmi berkata, jika Mukhriz dijatuhkan, maka ia akan memberi kesan ke atas pengaruh Mahathir dalam PPBM, tetapi ia bukanlah “pukulan maut”.

“Ia akan mempengaruhi individu atas pagar supaya menyokong Muhyiddin,” katanya.

Awang Azman berkata, jika Mukhriz digantikan sebagai menteri besar, maka ia akan menjadi “perisytiharan perang” oleh Muhyiddin terhadap Mahathir.

“Saya percaya cakap-cakap mengenai perubahan di Kedah bertujuan untuk menekan Mukhriz dan Mahathir, terutama menjelangnya pemilihan PPBM,” katanya.

Mukhriz bertanding jawatan presiden PPBM, sementara Mahathir tidak dicabar untuk jawatan pengerusi parti itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


22 ulasan:

  1. Sekarang dajal dah terdesak dan tak peduli rakyat. Ini tanda orang yang betul2 munafik. Selagi ada kudrat umat islam yang beriman kena pertahankan kedudukan umat islam termasuk melayu sekuat2nya.

    BalasPadam
  2. Komunitas Game Online yang terpercaya & Pelayanan yang memuaskan..
    Ayo kunjungin kami ya IONQQ".COM
    Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  3. X sokong PH..MUKTAMAD.

    BalasPadam
  4. Ramai sangat dajal dlm politk..rasuah sana sini..mls nk layan..berita , viral byk palsu...nk sokong malas..tengokkan je

    BalasPadam
  5. Saya penyokong ph dari 1998 tapi apabila ph dapat kuasa semua lupa diri.rakyat lansung tk diperdulikn.jadi kita mungkin ditunjukkn perbezaan antara BN dgn PH semasa memerintah.bagi ph jgn beranganlh nk kerajaan semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite sama tuan..4pru kite sokong dia akhirnye kite kecewa..
      pakatan hancing..

      Padam
  6. Saya sokong PM sekarang ini amat berjiwa rakyat dan punya luas. Ada pendangan menjadi harapan rakyat disabah.

    BalasPadam
  7. Harap biarlah TSMY kekal dan PH biar dia berputih mata terutamanya Anuar yang beria sangat nak Jawawatan PM
    .

    BalasPadam
  8. Kami mau rakyat sabah daerah sipitang kukuhkan ph, pm kekel jadi perdana menteri malaysia, yang penting bilah pm kekal jadi pm ingatlah rakyatmu.

    BalasPadam
  9. Untuk masa depan lebih gemilang di masa hadapan orang Melayu dan rakyat negara tanah Melayu kena pandai menilai seseorang pemimpin mcm mana wajib kita pilih. Jng kita tersalah pilih seperti apa yg telah berlaku selama 22 bulan sudah cukup menjadi pengajaran utk orang Melayu islam berfikir kerana jika orang Melayu islam masih membuat kesilapan maka akan hancur lah masa depan anak cucu kita di masa hadapan. Sebagai contoh kita lihat lah sebuah negara di selatan (Singapura)dulu adalah sebuah wilayah negara tanah Melayu tetapi telah terlepas kpd bangsa lain di mana kesilapan orang Melayu islam pd masa itu. Oleh demikian orang Melayu islam wajib bersatu padu fan beramanah kena Allah telah memberi satu negara kpd orang Melayu islam utk fi jaga sebaik mungkin tetapi agak malang ada segelintir orang Melayu islam hanya berfikir kenuntungan jngka pendek semata2 mengejar harta dunia tp telah melupakan amanah yg telah di beri oleh Allah sebuah negara yg bernama tanah Melayu.
    Kesimpulanya.
    Kita orang Melayu islam wajib memilih pemimpin yg berpegang pada amanah Allah
    Sekian wassalam

    BalasPadam
  10. Inilah blog paling bangang di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa . Inilah blog terbaik . Aku suka banget....

      Padam
  11. Mahligaiseni...apa yang bangangnye? Sikap penyokong(Machai) PH memang otak di kepala lutut.Syarat sokong PH kena jadi bodoh. PH kata Malaysia dah miskin dan tarik peruntukan kepada rakyat.Tu lah penipu paling besar PH.
    PM MY naik merentah melalui PN,terus bagi peruntukan kepada rakyat.tadak bising tadak duit. Masa PH hina Islam menjadi hal biasa.Semua machai bodoh PH kunci mulut.Kalu sentuh DAP,cepat2 pertahankan.Contohnya Khadam PAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau xbodoh xbleh boleh jd macai phancing.
      itu syarat utama jd macai phancing

      Padam
  12. Saya ttp sokong TSMY..sejak PH tumbang angkara atok..hidup lebi selesa..asal x bertuankn DAPig..muktamad.!!

    BalasPadam
  13. sy sokong tsmy ini baru berjiwa rakyat, ingat kuasa Di tangan rakyat Di mana menjalankan tugas dengan baik seperti tsmy terbaik, jangan banyak berpolitik me rebut jawatan kerusi Dan kedudukan, sekarang ni tsmy yg terbaik kami sokong Anda, utk rakyat, yg politik lain ingat kuasa Di tangan rakyat bukan Di tangan Anda semata2 nak berebut kuasa politik tu💥

    BalasPadam
  14. Sokong TSMY,, cukup la PH perintah 22 bulan jdi pengajaran pd bangsa melayu serta umat Islam seluruhnya,, semua bangsa yg cintakan keharmonian kaum jugak Sokong PN melainkan mereka yg kafir harbi dan puak2 munafik yg dlm pH yg senentiasa membuatkan hidup org Islam jdi tak senang dek Kerana kefanatikan dan kebodohan pemimpin dan penyokong mereka mentadbir... Contohnya lihat saja lah mana aset² org Islam Kalau boleh semua hendak dijual dan digadai..cukup²lah tu macai pH !!!

    BalasPadam
  15. Politik hari ini adalah politik peribadi.
    Kepentingan rakyat adalah menjadi kebiasaan untuk menutup kecelaruan diri pemimpin.
    Apa yang perjuangkan adalah untuk mengaburi mata rakyat,bertapa rakusnya nafsu untuk kepentingan diri.kepercayaan rakyat mula pudar,pelbagai alasan timbul untuk lari dari kenyataan yang semakin nampak,
    Takut kehilangan itu adalah penyebab kehancuran memakan diri.
    Percaya itu semakin hilang di sisi rakyat.
    Pangkat,darjat,harta dan nama semakin mengila dalam diri.
    Sudah-sudahlah politik peribadi.
    Rakyat dah jemu,
    Rakyat dah muak,
    Rakyat tak buta,
    Rakyat tak bodoh,

    Melihat langit semakin mendung,
    Harap tanah kubur tidak kering,
    Senja semakin menampakkan diri,
    Malam gelap di sinari petir sambung menyambung.
    Jangan jadi gagak sentiasa bising,
    Jangan jadi gagak bergaduh kerana nafsu sendiri.


    BalasPadam
  16. PH berhenti berangan nak jadi kerajaan semula..PHDap is already dead!!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.