Header Ads

ads header

Flash News

PM Muhyiddin akan sampaikan perutusan khas esok


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen esok.
Perutusan itu bakal disiarkan hanya dua hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dijadualkan tamat 12 Mei ini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada jam 2 petang dan perutusan itu akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube.

Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Selepas hampir dua bulan, negara nampaknya bersedia mengakhiri perintah sekatan berkenaan.

Kerajaan telah mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB).

Kebanyakan perniagaan dibuka semula dengan langkah penjarakan sosial yang ketat manakala aktiviti riadah yang tidak melibatkan aktiviti berkumpulan turut dibenarkan.

Bagaimanapun, perhimpunan umum, termasuklah untuk tujuan keagamaan, masih dilarang.

PKP dilanjutkan pada setiap dua minggu tetapi dilanjutkan tiga kali sehingga 12 Mei.
Bilangan kes Covid-19 meningkat mendadak tidak lama sebelum PKP dilaksanakan dengan mencatatkan tiga digit kes sehari.
Bagaimanapun, PKP memberi ruang buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal wabak itu, sehingga menjadi dua digit kes sehari.

Negara mencatatkan 54 kes baru sejak 24 jam lepas, sehingga tengah hari tadi. Bilangan kes tertinggi yang direkodkan adalah pada 26 Mei, iaitu 235 kes.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 6,589 kes Covid-19, dengan 108 angka kematian.
Sementara itu, 78 peratus daripada pesakit telah pulih, iaitu seramai 4,929 orang manakala seramai 1,552 pesakit masih lagi dalam rawatan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 20.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ".COM
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam