Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz tolak pelawaan pimpin Perikatan Nasional Kedah


ALOR SETAR -
Menteri Besar Kedah baharu, Muhammad Sanusi Md Noor mengakui pernah berjumpa dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyatakan sokongan terhadap pemimpin tersebut bagi memastikannya terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, namun tidak berhasil.

Ini kerana katanya, pendirian Mukhriz yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah untuk kekal bersama-sama kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyebabkan beliau kehilangan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri itu yang bertindak menyokong kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memilih Perikatan Nasional.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga pernah memberi ruang kepada Mukhriz untuk memperbaiki hubungannya dengan Muhyiddin, namun usaha itu tidak menampakkan sebarang perubahan.

"Semasa Mukhriz masih Menteri Besar, saya pergi jumpanya untuk menyatakan sokongan beliau terus jadi Menteri Besar.

"Boleh baik semula, memperbaiki hubungan dengan Tan Sri Muhyiddin tapi nampaknya pertembungan tu makin tajam, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini," katanya pada sidang akhbar pertama Menteri Besar Kedah ke-14, di Bilik Gerakan Wisma Darul Aman hari ini.

Berhubung dakwaan Mukhriz bahawa Pas memungkiri janji untuk tidak memujuk ADUN-ADUN PH dan Bersatu menyertai gabungan Perikatan Nasional di Kedah, beliau berkata, pemimpin-pemimpin terbabit membuat keputusan sendiri menyertai gabungan Perikatan Nasional yang dilihat selari dengan kepimpinan di peringkat Persekutuan sekali gus menolak PH.

Sebelum ini, Perikatan Nasional Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk empat daripada Bersatu.

Keempat-empatnya ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadian Saad; ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat.

MR :  PAS dah beri peluang walaupun PAS ada 15 Adun, tapi Mukhriz ni bukan jenis boleh berunding.. macam bapak dia.. degil... anak bapak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan