Header Ads

ads header

Flash News

Najib sekolah lagi pemimpin PKR


Najib Razak menyifatkan Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir mengambil kesempatan menghasut rakyat berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Kementerian Kesihatan (KKM).

Bekas perdana menteri itu berkata, SPRM hanya menjalankan siastan bagi memastikan proses perolehan kecemasan pembelian bekalan-bekalan penting untuk melawan Covid-19 dipatuhi.

"Pakatan Harapan (PH) mengambil kesempatan untuk menghasut Rakyat.Mereka dakwa KKM memberi kontrak rundingan terus adalah khianat pada rakyat.

"Sebenarnya, apa yang disiasat SPRM sekarang ialah proses pembelian bekalan-bekalan penting untuk melawan Covid-19.

“SPRM kata mereka nak pastikan proses perolehan kecemasan telah dipatuhi.

"Bukan kerana wujudnya pembelian rundingan terus. Pembelian melalui rundingan terus masa kecemasan memang dibenarkan.

“Ko (kau) lupa apa yang PM ke-7 korang pernah jelaskan?" tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Najib turut memuat naik pautan berkaitan artikel bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan perolehan secara rundingan terus dalam keadaan tertentu yang dilapor media.

Terdahulu Akmal yang juga anggota parlimen Johor Bahru menyifatkan jika dakwaan sebuah syarikat mendapat kontrak bernilai RM30 juta "secara tidak layak" berkaitan pembelian prosedur pemerolehan kecemasan untuk menangani Covid-19 benar, maka satu pengkhiatan telah dilakukan terhadap rakyat.

Beliau berkata ini kerana ia berlaku di saat negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kita menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

“Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Hari ini SPRM mengesahkan sedang menyiasat beberapa kontrak rundingan terus yang dianugerakan oleh KKM.

Sumber yang dihubungi Malaysiakini berkata, fokus siasatan ialah terhadap proses melantik kontraktor untuk setiap pembelian di bawah prosedur pemerolehan kecemasan kerajaan.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara khusus syarikat-syarikat yang sedang diteliti SPRM, kecuali mengesahkan ada "beberapa" yang sudah dipanggil bagi membantu siasatan mereka.

Najib berkata, proses pembelian melalui rundingan terus untuk pelbagai keadaan tertentu adalah dibenarkan di bawah undang-undang dan juga diamalkan oleh PH.



"Pembelian secara rundingan terus KKM yang sedang disiasat SPRM melibatkan bekalan kit ujian, alat untuk membuat ujian Covid-19, topeng muka, ubat, PPE dan sebagainya.

"Jika KKM tak beli dan tak bekalkan barang-barang tersebut kepada barisan 'front-liners' pada masa yang mereka paling memerlukannya, barulah PH boleh tuduh KKM khianat pada rakyat.

"Takkan nak tunggu berbulan-bulan bagi pembelian kecemasan melalui proses tender sebelum bekalan itu sampai dan boleh diagihkan kepada 'front-liner' yang menjaga pesakit Covid-19 dan membuat saringan?" soal Najib.


MR :  PKR mana ada akal?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Teruskan dengan ulasan2 yang objektif dan bernas datuk seri. Lepas ni terus terang saja. Unsur2 kejujuran dari pihak pas insya Allah akan membantu. Rakyat cuma mau ketelusan dan kejujuran.

    BalasPadam
  2. Mohon ambil tindakan yang tegas bagi mereka yg menyebarkan berita palsu.
    Masukkan mereka dalam penjara dan denda mereka. Jangan bagi muka. Jangan jadi macam kerajaan sebelum BN tumbang sehinggakan ramai termakan fitnah Anwar anak lelaki Ibrahim dan pencacainya.

    BalasPadam