Header Ads

ads header

Flash News

Jumlah pulih, dibenar pulang 3 kali ganda lebih tinggi


PUTRAJAYA: Sebanyak 135 kes COVID-19 sudah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, tiga kali ganda lebih banyak berbanding 45 kes positif baharu, yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan itu, setakat ini jumlah kumulatif kes yang sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada wad sebanyak 4,702 kes atau 73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, hanya 45 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes, setakat ini dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, dengan satu kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, sembilan kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan, menerima laporan mengenai satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Katanya, dengan kematian terbaru itu, setakat ini sebanyak 107 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kematian dicatatkan di Malaysia akibat COVID-19.

"Kes kematian ke-107 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

"Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 22 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.53 petang semalam (5 Mei)," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan