Header Ads

ads header

Flash News

Petronas akhirnya setuju bayar SST RM2 bilion untuk 2019 kepada Sarawak


KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas telah mencapai kata sepakat dalam perundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan (SST) ke atas produk petroleum di Sarawak.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pendekatan yang terbaik dalam mencapai penyelesaian bersama ialah melalui penyelesaian komersial bagi mewujudkan suasana perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil,” kata Kerajaan Sarawak dan Petronas dalam kenyataan bersama petang ini.

Kenyataan tersebut ditandatangtani Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantau Projek, Datuk Sharifah Sayeed Aman Razali dengan Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh.

“Ia merupakan pendekatan yang mampan bagi membolehkan kelangsungan indujstri minyak dan gas negara terutamanya dalam keadaan pasaran minyak dan gas yang tidak menentu pada masa ini,” kata mereka lagi.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, Petronas bersetuju akan menarik balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai permohonan semakan kehakiman pada 13 Mac lalu.

Katanya, kerajaan Sarawak juga akan menggugurkan kesemua tuntutan dalam kes sivil terhadap Petronas untuk bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum.

“Lanjutan daripada penarikan balik semua tatacara perundangan, Petronas melalui anak-anak syarikat yang terlibat akan membuat bayaran penuh ke atas cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah RM2 bilion, iaitu pada kadar 5 peratus daripada nilai jualan produk tersebut,” katanya.

Sebelum ini Kerajaan Sarawak telah mengheret Petronas ke mahkamah kerana enggan melangsaikan cukai SST sebanyak lima peratus yang telah dikuatkuasakan sejak Januari 2019.

Petronas ketika di bawah Pakatan Harapan tidak mahu berkompromi dengan cukai berkenaan.

PH juga gagal menunaikan janji membayar 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam manifestonya menjelang PRU-14.


MR :  Ini bermakna kerajaan PN makin kukuh dan PH makin tersingkir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan