Header Ads

Header ADS

Kembali Mandat Rakyat?


1) Sebenarnya, Kembalikan Mandat rakyat adalah bermaksud, bubar parlimen dan adakan pilihanraya semula. Itu barulah namanya kembalikan mandat rakyat. Rakyat yang akan buat pilihan.

2) Adapun membuat undi pechaya atau undi tak perchaya bagi menukar kerajaan, tiada kaitan pun dengan mandat rakyat. Undi perchaya atau undi tak perchaya adalah urusan ahli-ahli parlimen di peringkat persekutuan, atau ADUN-ADUN di peringkat negeri.

3) Rakyat tiada kuasa dan tiada hak untuk menentukan siapa PM, siapa menteri kabinet, siapa ketua pembangkang etc. Kuasa rakyat atau mandat rakyat hanya ketika pilihanraya. Pilihanraya adalah proses memindahkan kuasa rakyat kepada wakil-wakil rakyat.

4) Wakil-wakil rakyat pula adalah orang yang menerima kuasa atau mandat daripada rakyat untuk memasuki dewan parlimen dan menyertai perbahasan parlimen. Kuasa yang ada pada setiap wakil rakyat pula akan digunakan untuk memilih ketua kerajaan dan ketua pembangkang.

5) Persepakatan wakil-wakil rakyat akan membentuk blok sokongan bagi memilih seorang wakil mereka untuk jadi PM. Blok sokongan yang mendapat majoriti mudah akan menamakan seorang PM bagi diperkenan oleh YDP Agong.

6) Perdana Menteri adalah wakil rakyat yang mendapat mandat wakil-wakil rakyat yang lain untuk mengetua kerajaan. Mandat Wakil Rakyat, bukan mandat rakyat. Kuasa rakyat sudah ada pada wakil rakyat.

7) Perdana Menteri yang dipilih oleh blok wakil rakyat adalah masih wakil rakyat biasa, tiada kuasa, sehinggalah diperkenan YDP Agong dan mengangkat sumpah. Setelah angkat sumpah, baharulah Perdana Menteri itu memiliki kuasa sebagai Perdana Menteri.

8 ) Oleh itu merekrut rakyat jelata untuk menggulingkan PM yang ada adalah tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan. Bahkan logiknya ia seolah-olah menentang keputusan YDP Agong.

9) Walaubagaimanapun, wakil-wakil rakyat boleh membentuk blok untuk membuat undi tak perchaya jika mereka tidak lagi yakin dengan Perdana Menteri. Ini kerja wakil rakyat, bukan kerja rakyat. So, takpayah rekrut rakyat dengan jelajah ceramah bagai.

10) Kesimpulannya; rakyat mengundi untuk memilih wakil rakyat. Wakil rakyat pula membentuk blok sokongan bagi menaikkan seorang PM. Percaturan membentuk blok wakil-wakil rakyat adalah kerja wakil rakyat, tiada kena mengena dengan mencuri mandat rakyat.

11) Mencuri mandat rakyat adalah bermaksud; kau nafikan hak wakil rakyat yang menang untuk masuk parlimen, pada masa yang sama kau invite masuk calon yang kalah duduk di tempat wakil rakyat yang menang itu. Haa, itu baru namanya curi. Jadi, berhentilah mengelirukan rakyat.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa




MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Puak2 ni merobohkan sendiri rumah untuk melindung rakyat lepas tu mereka nak tipu rakyat lagi supaya di beri kepercayaan buat rumah balik? Ya bodoh lah kalau rakyat terikut lagi.

    BalasPadam
  2. PENJELASAN TERBAIK DR TANAKA

    BalasPadam
  3. Personal Political career survival..using issues such as mandat & suara rakyat as their last resort. What a cheap mentality..

    BalasPadam
  4. P jahanam pakatan harapan..kami rakyat dah muak

    BalasPadam
  5. Sendiri yg letak jawatan sendiri pulak yg buat bising. Bingai punya Tun M. Bodoh.

    BalasPadam
  6. Tiada bukti ph gunakan sebaiknya mandat rakyat ketika menang pru 14...mereka ph amat sibuk untuk menentukan siapa jadi pm , membalas dendam terhadap lawan politik dan pelbagai tindakan yang meresahkan rakyat. Ph terlalu pandai dalam menyalahkan pihak lain tapi bertindak bodoh dalam menyelesaikan permasaalahan rakyat.Ph masih dalam keadaan syok sendiri dan masih bermimpi rakyat menyokong mereka dan kejayaan terbesar ph yang boleh dibanggakan ialah berjaya menipu rakyat yang pernah memberi mandat ibarat madu diberi tapi dibalas dengan racun oleh ph.Bersatu sudah nampak kepincangan dan bahaya ph kepada negara dan rakyat pula bosan dengan dolak dalik pemimpin ph sehingga dalam 5 prk terakhir ph disembelih rakyat, termasuk di lubuk mereka Selangor

    BalasPadam
  7. Moga ada jalan menuju juara jua akhirnya
    Hanya yang benar pasti menang
    Terus berjuang amin

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.