Header Ads

ads header

Flash News

PKPB: Sekolah Tak Dibuka Isnin Ini – KPM


PUTRAJAYA
– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan sekolah akan mula dibuka Isnin ini kepada pelajar yang akan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Vokasional Malaysia.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembukaan sekolah seperti yang dilaporkan.

“(Kenyataan itu) bukan daripada KPM,” katanya ringkas kepada BH ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, menurut Unit Komunikasi Korporat KPM, sekiranya sekolah akan dibuka semula pihak kementerian akan memaklumkan mengenai perkara itu dua minggu lebih awal.

“Seperti yang dimaklumkan YBMK (Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin) sebelum ini, sesi persekolahan akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum dibuka, bukannya Isnin depan.

“KPM juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sekolah akan mula dibuka selepas kenyataan yang dibuat oleh pihak menteri tempoh hari,” katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan beberapa sektor perniagaan dan sekolah akan mula dibuka bermula Isnin ini selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdahulu, pada 15 April lalu Mohd Radzi mengadakan sidang media khas mengenai Pelan Tindakan Persekolahan Pasca PKP semasa penularan COVID-19 di negara ini.

Mohd Radzi dalam ucapannya berkata, keputusan untuk membuka semula sei persekolahan itu hanya akan dibuat sekiranya pihaknya benar-benar yakin keadaan negara ini sudah pulih.

“Apabila sekolah dibuka semula, semua aspek keselamatan, kebersihan dan pengawalan penularan jangkitan termasuklah amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan.

“KPM sudah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar serta sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat,” katanya. – BH Online



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Saya setuju dengan keputusan kpm. Sebab banyak perkara yang perlu difikirkan tentang risiko

    BalasPadam