Header Ads

Header ADS

PM 2222 (22 Tahun 22 Bulan) Marah Sidang Parlimen Singkat


Dr Mahathri Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewa dan marahnya selepas kerajaan hari ini memutuskan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung lebih singkat berbanding jadual awal.

Kata bekas perdana menteri itu, tindakan menyingkatkan sidang berkenaan kepada hanya beberapa jam - berbanding sehari mengikut rancangan awal - dilihat sebagai cubaan untuk menghalang beliau bercakap.

Kata Mahathir, beliau tidak dibenarkan bersuara walaupun atas kapasitinya sebagai ahli Dewan Rakyat.

"Jangankan sebagai orang ramai (orang awam), ahli dewan pun tak boleh bercakap dalam Dewan (Rakyat). Jadi, apa jenis kerajaan ini, yang mana ahli dewan tak boleh bercakap.

"Ada sidang berlangsung pun tak boleh bersuara, sehingga kita menjadi sebuah kerajaan yang sebenarnya tidak sah," katanya dalam kenyataan melalui video yang dimuat naik di media sosial beliau hari ini.

Terdahulu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan pihaknya menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, selaku ketua Majlis Dewan Rakyat.

Menurut Mohamad Ariff, Muhyiddin memberitahu kerajaan memutuskan tiada sidang diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah diraja pada pagi 18 Mei ini.

Keputusan itu sekali gus menggagalkan cubaan Mahathir membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan sebelum ini diterima oleh Mohamad Ariff.

Beliau memberitahu Katanya, keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 di negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Lapan hari pun tak diberi

Asalnya kerajaan menetapkan sidang Dewan Rakyat berkenaan - yang pertama sejak kerajaan Perikatan Nasional dibentuk - diadakan selama sehari.

Dengan keputusan terbaru itu, sidang akan ditangguhkan selepas Agong menyampaikan titah diraja.

Kata Mahathir biasanya selepas Agong menyampaikan titah ia akan dibahaskan dan kemudian diundi untuk diterima. Namun katanya dengan ketetapan terbaru itu kelaziman berkenaan tidak lagi berlaku.

Justeru kata ahli parlimen Langkawi itu perjalanan dewan sebegitu tidak menepati syarat yang sepatutnya.



"Sekarang saya diberitahu, walaupun speaker bersetuju untuk saya membawa suatu usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, sekarang kita tak boleh membahaskannya pada satu hari itu.

"Usul-usul kerajaan juga tidak akan dikemukakan.

"Jadi apa dia mesyuarat ini? Untuk kita cuma dengar ucapan kerajaan melalui Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan mesyuarat parlimen. Dan kita lambat-lambatkan persidangan ini.

"Apabila kita minta untuk (diadakan sidang dewan) lapan hari pun tak diberi," katanya lagi.

Tambah Mahathir, jika tiada sidang parlimen diadakan secara rasmi selepas 60 hari selepas kali terakhir ia diadakan, maka penubuhan kerajaan yang berkenaan tidak menepati undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada pakar perundangan untuk menentukan sama ada sidang sehari dilakukan kerajaan PN pada 18 Mei ini sah mengikut peraturan.

Sementara itu seorang peguam, Rafique Rashid Ali, berpendapat hujah Mahathir itu adalah tepat dari segi perundangan.

Katanya, apabila seorang ketua Majlis Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya selepas beliau mengetahui wujud undi tidak percaya terhadapnya maka secara langsung bermaksud perdana menteri terbabit mengelak daripada undi tidak percaya.

"Justeru, secara automatik perdana menteri sudah tahu dia tidak ada cukup bilangan majoriti ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan berasingan malam ini.

Menurut Rafique lagi Malaysia mencontohi model sistem parlimen Westminster dan sesebuah kerajaan mesti mendapat kepercayaan bagi menjadi pentadbir.

"Dengan menolak untuk menghadapi ujian berkenaan, perdana menteri dianggap tidak mendapat sokongan majoriti," katanya.


MR :  Gambar teropong belakang tu, nak lihat anak bulan raye ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. Tun Mahathir si barua kafir.

    BalasPadam
  2. Minta Agong isytihar darurat terus supaya golongan babi barua kafir ni terus senyap.
    Bila ada kuasa dahulu kutuk Melayu, hina Melayu, hina Sultan.
    Hina agama, hina ulama.
    Dasar babi punya manusia. Dah tua nak mampus pun masih gila kuasa.
    Nak jadi PM sampai tiga kali ke? Keparat betul si lahanat ni.

    BalasPadam
  3. Juka,kamu ini siapa?SEkadar nak provokasi ker?Jika Islam jaga akhlak kamu bila berbahasa. Tak perlu sumpah seranah dan takfiri.Jika bukan islampun jaga tutur kata.Untuk apa sumah seranah,sekadar menambah dalam akaun dosa. jika tak setuju nyatakan hujah secara beradab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan mahadey /anwar tak payah dok beradap sangat sebab mereka berdua memang dah 30 tahun kurang ajar dengan rakyat

      Padam
    2. DAP memang kafir. Nak takfiri apa lagi.
      Tun Mahathir memang Munafik sebab berapa banyak janji yang dia tak tepati.
      Salah satu sifat Munafik apa dia? Ha kamu jawablah sendiri.

      Kalau dah dasar takde prinsip, asyik buat u turn aje memang confirm Munafik.

      Kalau orang Melayu dikutuk dihina, pemimpin Melayu sua kena fitnah gara-gara orang Tua Lahanat ni, perkataan babi tu kira baik sangatlah sebab babi tu lagi mulia daripada orang Tua tak sedar diri ni.

      Padam
  4. Malanglah orang Melayu yang menyokong dan mengundi Atuk Kerala kerana Atuk Kerala membalas kebaikan orang Melayu dengan menghina kaum Melayu.

    Adakah orang Melayu suka dihina, difitnah dan diburuk-burukkan oleh pemimpin anti-Melayu ? Mana maruah kaum Melayu ?? Mari kita semua tolak semua pemimpin rasis yang telah menghina kaum Melayu Islam !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. atok mau kasi ketuk kepala dia dia dgn batang paip taik belakang rumah tu

      Padam
  5. Perbuatan itu hilang rasa hormat orang melayu kepada nya.

    BalasPadam
  6. Tun m bersama ph sdh tak relevan lagi dah kantoi menipu rakyat,
    Dia org ingat melayu bodoh sangat nak terima mereka balik,ph dah kencing rakyat Allah bayar cash 22 bulan je jadi kerajaan padan muka ph...skrg zaman genarasi y bukan zaman genarasi x lagi.
    Rakyat sdh boleh menilai apa ph dah buat selama 22 bulan.

    BalasPadam
  7. KENAPA MAHATHIR SERTA SEKUTU MARAH DAN KECEWA SANGAT.Rakyat negara ini telah dberitau bahawa mereka TIDAK IKTIRAF Kerajaan P rihatin N egara sekarang.jika demikian BOIKOT saja sidang parlimen tanpa buat USUL X PERCAYA.Tapi sesungguhnya tun dn sekutunya takut BOIKOT sebab akan terlucutlah jawatan MP.

    BalasPadam
  8. Nak cakap apa lagi Madet weii....?

    Penat dengaq dh wei.. just shut up

    BalasPadam
  9. Sudahlah berpolitik tu Tun.duduk rumah je buat amala ibadah umur pun dah 90 tak ada apa lagi nak dibuktikan. Biarlah kami orang Melayu bersatu dalam satu bumbung PN. Cukup2lah jangan pecah belahkan umat islam dan kaum Melayu yang Tun kata pemalas ni.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.