Rakyat Suka Kerajaan PN, Ramai Menteri Dapat Surat Daripada Rakyat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri terharu menerima kad raya dan hadiah kuih-muih daripada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nadzrul Zarfan Sharul Azly.
Luahan itu dikongsi di Twitter rasminya yang turut mengingati ucapan nasihat daripada kanak-kanak berusia 11 tahun itu serta mengucapkan terima kasih di atas pemberian tersebut.
"Pakcik amat terharu dgn surat anakanda. Pakcik akan ingat nasihat dan pesan anakanda. Siap ada pantun;
Pecah kaca, pecah gelas,
Lepas baca, harap balas.
"Insya-ALLAH nanti pakcik balas kad raya ni," ciapnya pantas menarik perhatian ramai.
Dalam isi kandungan surat tersebut juga menyatakan keinginan Nadzrul Zarfan untuk berkolaborasi bersama Dr Zulkifli menghasilkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak.
Buku itu juga dikatakan mampu menarik kanak-kanak untuk menuntut ilmu agama kerana konsep komik lebih santai, menarik dan mudah difahami.
Terdahulu, Nadzrul Zarfan pernah tular di laman sosial selepas mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau yang menghalangnya solat di saf pertama sehingga mendapat perhatian Dr Zulkifli yang ketika itu masih menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.
MR : Kerajaan PH dapat juga surat tapi berisi peluru. Tambah tugas polis nak cari!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Meluat tgok menteri PH
BalasPadamTerbaik...meluaskan minda dan berpengetahuan.
BalasPadamSemoga datuk di permudahkan segala urusan untok agama dan bangsa dan di kurnia kan kesihatan yang baik untok menjalankan tugas untok rakyat amin ya allah
BalasPadamBaru la betul tepat pm pileh untok jaga agama bukan orang kafir yang bagi bantuan program mawip ke mais ke ada ke yang pakai kopiah tukang beri kat kafir baru panggil nama bagi bantuan kan jangal nampak tu ni baru betul menteri agama yang bagi
BalasPadam