Header Ads

ads header

Flash News

Sah Mahdzir terajui TNB, Tajuddin ketuai Prasarana


Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman pula dilantik sebagai pengerusi Prasarana Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan TNB, memaklumkan bahawa pelantikan Mahdzir bagi menerajui jawatan itu berkuat kuasa 12 Mei nanti.

Mahdzir menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan melalui kenyataan itu, berkata lembaga pengarah, pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu-alukan pelantikan Mahdzir sebagai pengerusi baru.

"Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Badri yang sebelum ini adalah Ahli Lembaga Pengarah TNB mewakili Kementerian Kewangan sejak 2018," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Jelasnya, Mahdzir mempunyai pengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

Mahdzir pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan.

Sebelum ini nama Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dikaitkan akan menerajui TNB.

Nama Mahdzir pula sebelum ini dikaitkan dengan Telekom Malaysia Berhad.

Bagaimanapun Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau menolak sebarang pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tajuddin terima surat hari ini

Dalam pada itu, Tajuddin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan telah menerima surat pelantikan bagi menerajui Prasarana.

"Ya, sudah menerimanya hari ini," katanya ketika dihubungi.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak ketika pentadbiran BN memegang jawatan sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan