Header Ads

Header ADS

Sudah tiba masa ambil tindakan mahkamah terhadap Tun M


KUALA LUMPUR
– Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini berikutan tindakan pihak pendakwaan yang akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini.

Reuters melaporkan Najib sebagai berkata, perbicaraan 1MDB dikaitkan dengan penyelewengan RM2.3 bilion yang membabitkan dirinya sedang berjalan secara tidak adil.

Justeru Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana penyiaran artikel tersebut.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak.

Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja.

“Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya.

“Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini.

Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. –MalaysiaGazette


MR :  Dia rompak wang rakyat 22 tahun pun terselamat. Anak dia kaya raya pun selamat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Boleh..mungkin najib boleh mulakan tindakan kerana madey mwnghina dan memfitnah beliau (najib). Orang tua ni kena merasa bagaimana dia buat kepada orang lain. Bayangkan dia ambil tindakan atas ketua hakim sebab alasan ketua hakim tak hadir dalam satu kes, pada hal dia cuti masa tu sebab berdendam ketua hakim membatalkan umno. Ini tahap dendam mahathir.

    BalasPadam
  2. Selidik Yayasan Perdana yang diasas oleh madey. Mana datang wang untuk tubuh yayasan yang memerlukan wang minima rm1 juta. Entah2 semua wang suap yang dia ambil di salur ke situ untuk mengelak dari pendakwaan dan cukai.

    BalasPadam
  3. Biar sama sama adil dan telus. Kedua dua pihak. Baru nampak ada demokrasi.

    BalasPadam
  4. Kepala hatok hangpa, semua tak guna. Orang politik ni kalau duk atas sikit, nak pulak jadi pemerintah pastinya duk atas undang2... Puak marhain ni sentiasa ditindas undang2 ciptaan politik, curi ayam sekor harga rm15 pasti mahkamah dan undang2 tak kasi chan. Masuk penjara dan menderita, tapi orang politik curi duit yang boleh membengkrapkan negara pun boleh lepas. Ini sebab ada duit ambil peguam bayar berjuta pandai helah boleh lepas walaupun salah... Orang miskin curi sebab perut lapar tak sanggup ambil peguam senang2 masuk penjara.... Merdeka apa kejadah nya camni... .

    BalasPadam
  5. Alasan Najib boleh mencuri RM2.6 BILLION ialah kerana mencuri ni sudah terjadi sejak zaman nabi2 dahulu lagi.

    BalasPadam
  6. Dah akhir zaman dah
    Ramai manusia dah tak malu bila berbuat kemungkaran.
    Termasuk penjilat2 tegar@TANPA NAMA.

    BalasPadam
  7. Sepatutnya Mahathir dan anak beranak pula dituduh mencuri wang Negara di mahkamah.

    22 tahun punya kudis dok ada tapi tak nampak... tapi dok nampak kudis org lain. hahahah

    BalasPadam
  8. Bagus teruskan jana hasutan

    BalasPadam
  9. Cakap banyak tak guna..
    Cuba tunjukkan dulu kpd rakyat,bahawa ketelusan kerajaan mengintai penjawat penjawat dan penguasa diseluruh bumi Malaysia...
    Jangan lagi guna pakai perkataan ,,,pengadu disertai dgn bukti...Klau nk buat tuduhan...
    Pengadu biasanya ialah org awam, yg tak tahu mengenai undang-undang..rakyat dah beri kerjasama..tapi jangan lah pulak disuruh cari bukti sana sini..ini semua kerja siapa?,,itu semua tugas pegawai yg makan gaji dgn rakyat kita semua

    BalasPadam
  10. teruskan dgn tindakan undang undang terhadapnya. segala bukti dan fakta ada pada pehak kerajaan sendiri... rakyat tahu, hanya menunggu kerajaan mengambil tindakan membuktikan integriti mereka.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.