Header Ads

Header ADS

Teguran buat pemimpin PAS yang mengurus media dan PGS


Omak mula menjadi pengamal media baru sama ada dimedia sosial atau blog sejak akhir tahun 2008. Bermula sebagai penggiat maya dan blogger PKR dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS dan D4P. Sejak tercetusnya Langkah Kajang Omak berposisi sebagai blogger/penggiat maya bebas yang mesra PAS anti PKR/D4P. Kemudian sejak bulan Mei 2017 Omak menjadi penggiat dan pengamal media baru/sosial ahli PAS yang sah sehinggalah kini.

Dari 3 situasi dan posisi itu perlu Omak akui ianya cukup berbeza dari segi cabaran, penugasan dan peranan. Ianya sama tetapi tidak serupa. Isunya berbeza, begitu juga matlamat, peranan dan sasaran.

Omak pernah lawan bermati-matian dengan para pejuang siber UMNO, yang akhirnya sebilangan besar yang Omak tentang itu kini sudah menjadi rakan seperjuangan dalam Muafakat Nasional. Rakan-rakan Omak dalam PKR pula yang sama-sama berjuang, kebanyakkannya sudah menjadi seteru dialam maya walaupun melebihi 65% dari mereka sudah keluar dari PKR angkara berlakunya pembersihan etnik Kartel oleh PKR.

Tapi satu yang Omak kena berterus terang ialah sejak terlibat dalam media baru/sosial. Rasanya Omak tidak pernah serang kepimpinan PAS peringkat atasan dan juga dasar parti.

Ketika dalam PKR Omak ada pegang jawatan sebagai AJK Biro Penerangan PKR Pusat. Omak menjadi pejuang siber PAS tahun 2017 ketika PAS teruk diasak dengan pelbagai fitnah terutamanya menerima RM90 juta dari Najib Razak guna dana 1MDB. Ketika itu PAS perlu berdepan secara serentak dengan 2 musuh utama iaitu BN dan PH.

Boleh bayangkan bagaimana senario PAS ketika itu. Pelbagai sudut kena serang. Kiri dan atas oleh BN. Kanan, bawah dan belakang oleh PH.

Kena akui penglibatan PAS dalam media sosial/baru cukup lemah. Tidak tersusun dengan masing-masing membawa cara mereka tersendiri untuk mempertahankan PAS dari serangan fitnah. Hala tuju dan matlamat masih samar-samar dan tidak jelas.Tiada dana dan tiada organisasi yang mantap lagi tersusun.

Setelah PRU 14 maka ada sedikit perubahan dan penambahan baik gerak kerja media sosial/baru PAS tetapi ianya jauh dari mencukupi.

PAS kini adalah sebahagian dari komponen parti pemerintah selain menerajui Kelantan, Terengganu dan Kedah serta berkongsi kuasa di Perak. Peranan dan tugas para pejuang siber PAS sudah pasti juga turut berubah. Tanggung jawab dan amanah semakin bertambah.

Jadikan kisah di PRU ke-14 lalu sebagai iktibar, contoh dan teladan yang tidak wajar diulangi Tekad dan iltizam juga mesti berbeza dan suhu kesungguhan perlu bertambah tinggi. Tuntas dan pantas disalut dan diselimut dengan fakta adalah motto utama. Perlu sentiasa berwaspada dan sensitif dengan apa jua isu fitnah yang dilontar dan dicanang pihak PH.

Perlu ingat .. Parti mana yang menguasai media sosial, maka parti itulah yang akan menang PRU ke-15 nanti cukup cerah sekali. Ini adalah hakikat yang tidak boleh ditolak mentah-mentah. Jika ambil mudah, maka perlu bersedia dan berdepan dengan kekalahan. Saya ULANG!!!

TENKIU
Hanisya Abdul Hamid
MR :  Setuju dengan Omak. kami dihubungi oleh PKR dan PH beberapa kali, minta jumpa tapi dengan pimpinan PAS walaupun mereka tahu siapa kami nak ajak mesyuarat pun tidak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Betul.. Saya harapkan semoga pimpinan pas yang berkenaan turut menghargai peranan tentera siber yang mesra pas yang sentiasa istiqomah menangkis serangan tentera siber musuh politik. Ceramah ceramah politik sekarang semakin kurang pengaruh, lambat dan kurang menyeluruh dan harakah juga tidak mampu menghadapi bersendirian. Antara media siber yang agak tersohor ialah arwah TKO, omak kau dan antara blogger yang pantas menangkis dengan hujah hujah logik berfakta pula ialah hassan omar dan ketika ini saudara nasir ramlee. Media siber mesra ph seperti greenboc semakin hilang dan tinggal beberapa blogger merapu yang lebih menyerang peribadi. Media seperti MK pula lebih seimbang walaupun tergolong dalam mazhab ph

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerangan2 yang ringkas di mana boleh harus dipersebar kepada golongan2 muda dan
      yang kurang faham mengenai ekonomi negara dan politik supaya mereka tidak termakan fitnah.

      Padam
  2. Kita sangat bersetuju dengan pendapat Omak kerana berdasarkan pengalaman kita sendiri iaitu kita bersendirian secara sukarela terpaksa berhadapan dan menentang sangat ramai RBA @ cybertrooper ternakan pakatan kafir harbi-munafik liberal yang sibuk menyebarkan pelbagai fitnah dalam media massa untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS sejak sebelum PRU14 lagi.

    Kita tahu setiap ekor RBA @ cybertrooper pakatan kafir harbi-munafik liberal mempunyai banyak akaun palsu @ fake account @ fake ID. Jika kita berbahasa dengan seekor RBA, seolah-olah kita berbahasa dengan beberapa ekor RBA.

    Kita juga merasa sangat kecewa kerana terdapat sangat ramai ahli PAS tetapi bilangan pemimpin, ahli atau penyokong PAS yang menentang fitnah dan propaganda musuh Islam dalam media massa boleh dikira dengan jari.

    Akibatnya rakyat tertipu dengan propaganda dan fitnah ciptaan dan PAS kalah di kebanyakan kerusi DUN dan parlimen.

    Jika pemimpin-pemimpin masih merasa selesa @ complacent dan mengabaikan atau membiarkan fitnah ciptaan RBA @ cybertrooper ternakan musuh Islam bermaharajalela , pisang mungkin akan berbuah dua kali.

    Adakah parti Islam PAS merasa selesa menjadi pembangkang sahaja selepas PRU15 ? Tepuk dada tanya selera.

    Sekarang RBA @ cybertrooper ternakan kafir Harbi-munafik liberal sedang meningkatkan serangan fitnah ke atas PN kerana pemimpin mereka percaya PRU 15 akan diadakan lebih awal.

    Kita menyokong parti Islam PAS kerana PAS berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Akibatnya rakyat tertipu dengan propaganda dan fitnah ciptaan RBA @ cybertrooper ternakan pakatan kafir harbi-munafik liberal dan parti Islam PAS kalah di kebanyakan kerusi DUN dan parlimen dalam PRU14.

      Jika pemimpin-pemimpin PAS masih merasa selesa @ complacent dan mengabaikan atau membiarkan fitnah ciptaan RBA @ cybertrooper ternakan musuh Islam bermaharajalela , pisang mungkin akan berbuah dua kali.

      Padam
  3. PAS pernah buat perjumpaan Mujahid Siber. Katanya 1000 hadir.Kalau kita nak bagi contoh mudah difahami. PAS buat perjumpaan nelayaan katanya 1000 hadir. Harakah keluar muka depan. Tapi yang peliknya yang keluar ke laut tangkap ikan setiap hari tak dipanggil. Tak ada pun. Yang hadir ramai 1000 itu ada lah bot fibre cantik keluar sekali sekali ke laut, Itu yang jadi AJK Mujahid siber PAS.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.