Header Ads

Header ADS

Usul Dr M terhadap Muhyiddin mungkin tidak akan dibahas


KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Dr Mahathir Mohamad terhadap Muhyiddin Yassin apabila Dewan Rakyat bersidang 18 Mei ini mungkin tidak akan dibahas berdasarkan peraturan dan konvensyen Parlimen.

Antara usul dan 222 ahli Parlimen terdapat Perintah Tetap Dewan Rakyat yang menjelaskan urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain, termasuk rang undang-undang dan usul ahli persendirian.

“Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan kerajaan dan diberitahu kepada setiausaha,” menurut Perintah Tetap 15(2).

Dua peguam yang biasa dengan prosiding Parlimen berkata situasi itu akan berlaku dalam persidangan selama 1 hari pada 18 Mei.

Mereka berkata Speaker Mohamad Ariff Md Yusof mungkin atau tidak membenarkan usul itu dibahaskan.

Awal hari ini, Ariff menerima usul ahli Parlimen Langkawi itu, selepas menolak 3 yang lain kerana tidak mengikut peraturan Parlimen.

Namun Peguam N Surendran, bekas ahli Parlimen dari PKR berkata keputusan Ariff adalah kerana ia mematuhi peraturan Parlimen.

“Ini tidak secara automatik bermakna usul itu akan dibahaskan dalam dewan dan undi akan diambil,” kata bekas ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Katanya, urusan kerajaan sering mengutamakan perkara seperti usul oleh ahli Parlimen lain.

Beliau menambah usul undi tidak percaya mungkin akan muncul di aturan mesyuarat, tetapi mungkin diketepikan dan tidak dibahaskan sama sekali.

Aturan mesyuarat menunjukkan soalan, usul, urusan, pemberitahuan jawatankuasa, pengumuman dan senarai urusan Parlimen akan datang.

Surendran berkata, ahli politik Pakatan Harapan (PH) hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengubah peraturan tersebut ketika gabungan itu berkuasa.

“Ketika mereka berkuasa, mereka gagal melakukan reformasi kritis di Dewan Rakyat.”

Beliau berkata ia tidak seperti di UK, di mana usul pembangkang mudah dibahaskan.

“Pembaharuan ini tidak berlaku ketika PH ada peluang untuk melaksanakannya,” katanya.

Peguam Andrew Khoo bersetuju ada sedikit atau tidak ada kemungkinan usul itu dibahaskan.

“Kerajaan akan berusaha menegaskan hanya urusan kerajaan yang akan diutamakan dan Dewan Rakyat hanya bersidang selama 1 hari.

“Tetapi Dewan dipengerusikan oleh speaker dan dia pasti mempunyai budi bicara dalam menjalankan prosiding. Keputusannya akan menentukan prosesnya, selama dia mematuhi perintah tetap,” kata Khoo, yang mempengerusikan jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ada pemimpin tidak berpuas hati dengan keputusan SPEAKER dewan rakyat berkenaan usul percaya dan undi tidak percaya keatas tun(usul undi percaya) keatas PM ke8(usul undi TIDAK PERCAYA)undamg undang sudah ditetapkan sekian lama untuk merujuk seseorang itu kemuka pengadilan,jadi gunakanlah saluran itu untuk mendakwa jika speaker dewan rakyat(sekarang) tidak benar menjalankan tugas dan tanggungjawabnya daripada membebel dan merenggek dimedia sosial semua netizen membaca dan mengetahuinya,BIAR hakim mahkamah yang arif tentang undang undang membuat keputusan untuk memuaskan hati pihak yang tidak berpuas hati.
    Kalau tak silap keputusan speaker didewan rakyat adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dimana mana mahkamah di Malaysia.

    BalasPadam
  2. Sekarang tun m sudah ketahuan ada berniat buat usul undi tidak percaya keatas perdana menteri TSMY,Saya cadangkan kerajaan buat usul ditubuhkan RCI siasatan ketika tun m pm ke4 ke7 dan ke7interim dan tubuhkan siasatan diraja(pac) pinjaman bon samurai RM7 BILLION

    BalasPadam
  3. Game Tun M dh tamat.wawasan 2020..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.