Header Ads

Header ADS

4 pimpinan tertinggi Bersatu keluar mesyuarat tidak puas hati dengan perbincangan


Empat pemimpin Bersatu, yang dipercayai berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad, bertindak keluar dari mesyuarat parti yang sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presidennya Muhyiddin Yassin malam tadi.

Ia dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pemimpin berkenaan terhadap perbincangan yang dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya Aqamah Husamuddin berkata ini kerana apa-apa juga keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu tidak sah.

“Kami berempat keluar sebab kami protes. Dua perkara kami tak boleh terima. Pertama mereka mereka hendak formalise pelucutan jawatan Tun (Mahathir).

“Kedua, nak formalise-kan gabungan PN, bermaksud sebelum ini belum formal. Maknanya fasal yang mereka guna untuk pelucutan jawatan Tun (Mahathir) tak boleh pakai.

“Kami semua nyatakan pandangan kami bahawa ini tak ikut perlembagaan parti dan nampaknya kami tak boleh menjadi sebahagian dari mesyuarat yang akan tentukan samada kita secara rasminya lucutkan jawatan Tun (Mahathir) secara rasminya tubuhkan PN sedangkan Bersatu tertubuh atas akar umbi,” katanya.


MR :  4 orang aje. Nampak gelap masa depan Atok


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


26 ulasan:

  1. Semakin sehari semakin benak... Tiada ke saloran diplomasi dalam demokrasi ini... Pemerintah, ulamak, pihak berkuasa dan berwajib patut jadi pendamai kepada ahli politiknie buka memihak dah!?

    BalasPadam
  2. Sepatutnya pemain politik melayu seharus kembali kpd tujuan parti politik mereka ditubuhan..penyatuan bangsa melayu demi negara dan agama..InsyaAllah nawaitu yg betul barulah dikira pejuangan dan mendapat redha dari Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Masa inilah paling sesuai untuk semua bersatu padu.

      Padam
  3. bukan tiada yg menasihati...tapi bila NAFSU REBUT KUASA sudah BERAJA DIHATI...yang BAIK jadi BURUK dan yang BENAR jd FITNAH sebaliknya FITNAH jadi BENAR dn disanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. saya sokong.. disebabkan nafsu nk berkuasa .deme sanggup buat fitnah...

      Padam
  4. Bagi saya mudah saja, patuhlah pd Perlembagaan Parti, Punca TM terpecat dpd Jawatan n Ahli Parti adalah Krn TM sendiri. Usahlah menegak benang yg basah. Utk menyokong seseorg Usahlah Beremosi Fanatik Melulu.

    BalasPadam
  5. Kau keluar x datang ke tak ada sapa nak sakit kepala mikirkan nya...lalang layu angin x tiup pun lentuk liuk akhir nya menyembah bumi.

    BalasPadam
  6. pada pandangan saya la kan. Klau dh kecoh mcm lebih baik bubar jer parlimen biar rakyat pilih sapa kita pilih jadi pm puasa hari makin lama makin sakit hati rakyat dgn ph bangang dan bodoh.

    BalasPadam
  7. Membosankan semua ini....

    BalasPadam
  8. Kta yg bkn ahli politik ni pun semak kpla dgn keaadaan politik skrng...mkin mnjadi jadi perang brebut kuasa..apa lah salhnya bkerjasama,yg berpngalaman bantu yg tdk,yg bru bntu yg lama,dsb....
    Sama sma lah berpolitik dgn cara bersih,utk negara,rakyat,agama dan bngsa,bru la dpt skongan yg kuat dri rakyat...ni tidak,smua pntingkn diri sndiri krna kuasa..
    Jgn la bgitu...politik huru hara,kata mngata,caci maki,fitnah sna sini...takat itu sjakah level ahli politik malaysia...sedarlah...bngunlah dri lena dek kerana kuasa...
    Masih blum terlambat...jgn krna ini smua ngara,rakyat,agama,bngsa kna tempiasnya...
    Fikir fikirkn lah...hnya sekadar luahan peribadi...
    Anak malaysia

    BalasPadam
  9. Saya dulu salah seorang ahli jawatan kuasa penubuhan umno dan seturus menjadi ajk berdaftar. Memandang ketua cawangan tersebut tidak boleh di ajukan saolan dan menjadi ketua cawangan dan setiausaha isteri dan ajk dari golong yes man kaki bodek semua tidak bersuara dan takut tak dapat dedak. Disebabkan tidak sehaluan terus nama saya dipadam, kerana tidak sehaluan.
    SELAGI ADA KETUA2 UMNO TAK KIRA LAH KETUA CAWANGAN BELAGAK KEEGOAN, SUMBUNG JANJI MASUK.....
    Jika hendak akar umbi balik ke umno buang atau gantilah orang baru. Bukan kami tak saya umno, tapi orang melayu umno yg ada sedikit kuasa. Merekalah yg menjahamankan umno,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ulasan saudara. Jadi diharapkan PAS boleh main peranan di sini. Kalau UMNO buat tak betul sokong PAS, atau pakat ramai2 buat petisyen ke presiden UMNO secara lansung melalui media sosial. Ambil peluang guna sepenuhnya teknologi terkini. Jadi kita boleh kembalikan keadilan di dalam UMNO dengan syarat kita sendiri pun mesti teguh pegang pada prinsip dan jangan ambil kesempatan bila berjawatan.

      Padam
    2. Setuju...fikirkan masa depan anak bangsa dan agama dari kepentingan perut dan kroni...22bulan baru ni sebagai tauladan..

      Padam
    3. Betul tu. Saya pun dah perhatikan lama dah.. maklum la.. saya org biasa2 je takda jawatan apa2 pun.. yg egonya org yg ada jawatan ketua umno.. sy setuju sgt apa yg dikatakan tu

      Padam
  10. Perangai tun M,, dari dulu Sampaikan sekarang makin lama semakin meluat pulak aku tengok.. Tak habis2 nak pecahkan dan merendahkan martabat org melayu,, zaman ku li, hingga tertubuhnya semangat 46,zaman anwar tertubuhnya pkr,, zaman la nii tertubuhnya bersatu,, sapa yg tak Setuju dgn pandangan dan pendapatnya akan ditentang habis habisan.. Mamak ni Cakap melayu malas la kauorang masih nak ikut telunjuk dia,,Cakap manifesto bukannya kitab suci la,, ini semua nak perbodohkan org melayu yg buta hati.. Atok nii rasanya bila mati aje akan dok diam.. Cukup² la tu nak tambahkan amalan buruk buat bekalan akhirat,, umur pun dah penghujung sangat dah,, tunggu masa malikat maut nak cabut aje.. Sampaikan org yg bertarafkan alim ulamak yg menegur pun akan di cap seterunya... Ada masa lagikan utk muhasabah diri sebelum di jemput Allah ?? Didoakan moga atuk boleh insaf dan berubah,, tambahan faktur umur,, rumah Kata pergi, kubur Kata mari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok kitok ni.. selagi idup.. kerjanya suka buat huru hara je..yg mana dia x suka.. dia akan cari jalan bagi ranap..fitnah tu la senjata peribadi dia.. tp tu lah..walaupun kita tgok meluat.. nyampah.. ada pulak baik buruknya org tua ni... jgn kecam sy ye..

      Padam
  11. Pemerintahan komunis lebih sesuai di Malaysia supaya kurang berpolitik. Bagi saya tiada masalah komunis asalkan patuhi ajaran islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasar komunis tu dah tak percaya kepada tuhan. Kaedah2 pentadbiran secara komunis boleh lah cedok sikit2 mana yang sesuai. Kalau ikut cara Islam seperti zaman nabi di medinah insya Allah aman tapi nakkan watak2 yang betul2 ikhlas dan jujur. Watak2 ni bukan boleh di dapat melalui sistem pendidikan yang sekular semata-mata. Itupun lepas s. Abu bakr wafat khalifah2 dibunuh oleh pengkhianat dan munafik.

      Padam
    2. Bahaya statement kau ni bang!!! Apahal pulak nak rujuk pd pemerintahan komunis ,, sedangkan didalam sejarah tamadun dunia,,, pemerintahan Islam Di zaman Rasullah saw dan zaman khalifah adalah yg terbaik..takkan la sbb fahaman komunis yg tak berpolitik dan berdemokrasi nak dijadikan alasan dan hujah,, sedangkan fahaman komunis ini adalah lebih zalim dan bahaya pd Islam dan bangsa,,,Contohnya di cina,, bagaimana umat Islam bangsa Uighur dizalimi.. Langsung tak ada sifat kasi sayang dan berperikemanusiaan, lihat jugak di Korea Utara,, mereka yg tak sefahaman akan dibunuh sesuka hati Walaupun ahli keluarga sendiri,, apa yg baiknya!!?? tiada bezanya spt dizaman firun.. Rujuk la kitab suci Al Quran ada diceritakan!! Hati² nak bagi comment..

      Padam
  12. Politik taik.pentingkan diri sendiri,gila kuasa.bukannya dapat kuasa nak tolong rakyat tapi tekan rakyat.pakatan hangcing memang sial bawak bala.

    BalasPadam
  13. Kut mung la gom...doh xser gak terjun bangunan la...xdok sapo nk ratapi puok mung 4 ekor

    BalasPadam
  14. Haha... politik bang mana prefect....yg penting 5 jawatan kanan wajibkan org Islam pegang in Shaa Allah selamat...sbb tu Allah izinkan ph memimpin kita cuma 22 bulan...dah lari dari tujuan...contohi... Muhammad & sahabat 4... memerintah dunia Islam... 5 jawatan penting wajib Islam terajui... seperti..Pm,TPM,kewangan,pertahanan, pendidikan..

    BalasPadam
  15. Hanya pru je..... Yg boleh menyelamatkn negara ini harapan semoga bubar kerajaan

    BalasPadam
  16. JGN SESEKALI Bagi Anuar jd pm. Klau bagi jugak nescaya malapetaka akan kita hadapi.....!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.