Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Idham dilantik semula jadi CEO Finas


KUALA LUMPUR:
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baru berkuat kuasa semalam sehingga 6 Jun 2022.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid dalam kenyataannya semalam berharap Finas akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang menggalak, memelihara dan memajukan industri perfileman tanah air susulan pelantikan Ahmad Idham.

Beliau berkata, selain pengumuman pelantikan itu, Finas turut menyambut baik peruntukan RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri kreatif negara menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Katanya, beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

“Finas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi industri kreatif negara yang terjejas akibat penularan Covid-19 dengan mendapatkan insentif dan dana.”

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memperkenalkan Penjana dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

Sementara itu, Ahmad Idham ketika dihubungi berkata, inilah masanya untuk menggembleng tenaga dan usaha membangunkan semula ekonomi industri kreatif negara.

“Ini satu saat yang sukar. Saya tahu (apabila) saya terima (pelantikan) ini, ia sukar. Namun, saya yakin dengan pucuk kepimpinan baru, kita akan berjaya.

“Saya percaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada, saya boleh membantu untuk merancang balik ekonomi.”

Ahmad Idham sebelum ini dilantik sebagai CEO Finas selama 2 tahun, berkuat kuasa 11 Mac 2019.

Bagaimanapun, pada 9 Dis tahun lalu, ahli lembaga pengarah Finas menerima dan meluluskan permohonan Ahmad Idham memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac 2020.

MR :  Nampaknya PN membetulkan semula yang bengkok akibat kerajaan PH yang lalu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan