Header Ads

Header ADS

Perikatan Nasional tubuhkan Majlis Presiden - Tuan Ibrahim


ALOR SETAR
: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan Majlis Presiden-Presiden Parti selepas menerima persetujuan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN.

Menurut beliau, penubuhan Majlis Presiden itu dilihat dapat menyelaraskan keputusan yang akan dibuat gabungan-gabungan parti PN selain memantapkan kerjasama yang terjalin sejak penubuhan gagasan terbabit pada Mac lalu.Beliau berkata, pimpinan tertinggi PN juga telah memutuskan untuk meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama khususnya dalam mendepani situasi penularan wabak COVID-19.

Dalam masa, kepimpinan PN juga enggan rakyat Malaysia diheret lagi dalam kemelut politik seperti yang berlaku sebelum ini.
"Secara prinsip tak terjejas (hubungan)... Alhamdulillah saya nak maklumkan sikit kita dalam majlis tertinggi, Majlis Presiden dah setuju dua perkara.

"Yang pertama kita wujud Majlis Presiden yang libatkan semua presiden parti... sudah ada satu badan di mana presiden parti akan duduk bersama. Yang kedua kita bersetuju apa perkara yang libatkan pentadbiran kerajaan Pusat dan negeri di bawah Perikatan Nasional kita letak sebagai keutamaan... utamakan kepentingan rakyat dalam situasi COVID-19 ini daripada duduk kecamuk dalam politik," kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, gabungan kepimpinan PN tidak sesekali terjejas dengan kemelut yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.

Terdahulu, menerusi dalam satu kenyataan pada 17 Mei, enam pemimpin utama dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti politik.

Melalui kenyataan sama, satu Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional telah dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.


MR :  Ini berita sedih untuk Mahathir dan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Jgn terima parti warisan masuk pn,,rakyat sabah termasuk pimpinan akar umbi warisan telah beri signal jelas apabila pm umumkan pakej ekonomi 35b semalam,,mereka kecewa warisan sjk pkp 1 sampai skrg gagal salur bantuan kepada masyarakat secara telus dan menyeluruh,,,skim bantuan ibu tungal termasuk semalam telah 2 kali kerajaan pusat bg,,,warisan pula sejak pkp 1 sesen habuk tiada malhan lebih teruk cerita pun tiada,,,bantuan driver ehealing minggu lepas baru sebahagian driver dpt,,d sabah lpkp berkuasa bukan apad,,warisan sibuk jaga poket sendiri dan kayakan pendatang asing,,pribumi d hina dan di pingirkan

    BalasPadam
  2. Perikatan Nasional tubuhkan Majlis Presiden menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs kerana PN menjadi semakin kuat, stabil dan kukuh

    Maka muflislah wayang opera yang dilakonkan oleh Atuk Kerala dan Atuk Liberal Mata Satu di bawah pengarah kit sial kerana rakyat tidak mahu menonton wayang opera yang penuh dengan skrip kencing, fitnah, pembohongan dan u-turn.

    BalasPadam
  3. Diharapkan penubuhan ini akan melancarkan pergerakan PN di masa hadapan. Walaubagaimanpun jangan guna pentas ini untuk kepentingan2 parti maupun peribadi yang remeh temeh. Akhirnya kesejahteraan rakyat adalah tujuannya.

    BalasPadam
  4. Tahniah pn dmi masa dpan rakyat Dan negara moga dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat Aaminyarabalaalamin

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.