Header Ads

Header ADS

Anwar sendir Mahathir, Tolak politik tipu helah


PETALING JAYA:
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menggesa masyarakat supaya menolak politik tipu helah dengan berkata, politik bukanlah sekadar perebutan kuasa, tetapi tentang bagaimana ia diterjemahkan.

Gesaan itu merupakan kenyataan pertama beliau menerusi media sosial selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama-sama Warisan, Amanah dan DAP bersetuju untuk menamakan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

“Tolak politik tipu helah. Politik tidak sekadar perebutan kuasa, tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan. Sama ada untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang?” katanya tanpa merujuk kepada isu pencalonan Shafie.

Anwar turut melampirkan video berdurasi 4.35 minit yang merupakan rakaman ucapan yang disampaikannya semalam.

Antara isu yang diberikan penekanan adalah berkaitan tanggungjawab sebenar ahli politik bagi membela nasib rakyat dan memperbaiki masalah negara.

“Ada sekarang ini (pihak) cuba menangguk di air keruh. Ada yang sekonyong-konyong nak muncul menjadi juara, sebagai tokoh hebat, yang kononnya pendamai atau menyelesai, jambatan dan pelbagai. Itu lumrah alam dalam keadaan begini.

“Politik ini bukan sepak terajang politikus untuk sekadar mencari helah, taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah berkait dengan urusan tadbir, soal rakyat.

“Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk, rasuah, menindas seperti berlaku sekarang atau dahulu.

Politik dan penguasa bukan sandaran untuk memperkaya diri dan keluarga, untuk meneruskan nafsu serakah dan melemparkan dendam kesumat pada orang, tetapi mencari titik perdamaian, merangkul kekuatan,” katanya.

Terdahulu hari ini Mahathir mendedahkan bahawa kumpulannya bersama-sama DAP, Amanah dan Warisan bersetuju mencadangkan supaya Anwar dilantik sebagai timbalan perdana menteri 1 dan anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2 sekiranya gabungan pembangkang itu kembali berkuasa.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas pembangkang mengambil keputusan untuk menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri.

Menurut Mahathir, Shafie merupakan salah seorang pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi.

Bahkan katanya, Shafie adalah pemimpin awal yang menjadi mangsa pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.


MR :  Makin parah.. dulu 2 penjuru sekarang 3 penjuru


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. mahdir jdi pening dah mcm mna baik sekalipon org x percaya dah
    buang masa kita sokong mahdir
    sepatutnya dia xperlu ambil tahu tentang politik. mcm Paklah diam jer

    BalasPadam
  2. semuga Allah memberi kebaikan kpdnya
    Allah saja yg menentukan sesaorg itu.

    BalasPadam
  3. Dosa khianat & fasiq masih terus mekar.
    Dosa apalagi yg mahu dibebankan.
    Zalim.
    Kejam.
    Dengki.
    Dendam.
    Ingatlah.
    Dunia sudah dipenghujung.

    BalasPadam
  4. Cukup2la Tuk, Usia Dipenghujung Hayat, Dunia Yg Atuk Kejar & Buru Sjk Muda, Sjk Skian Lama, Sudah Byk Dlm Gengaman Atuk... Rsa2nya Atuk Dh Blh Ketepikn Urusn Duniawi sbb Urusn Duniawi X Brnoktah, X Prnh Cukup & Puas, Atukla Yg Wajib Tinggalkn Hal2 Keduniaan. Iblis Sntiasa Mmujuk Biar Kita Leka Dgn Dunia.
    Atuk pn Sudah Smkin X Rasional, Jgn Smpi Jd Bahan Lawak Idea2 Atuk. Rkyt Smkin Krg Hormat, Brundurla Sblm Org Terus Hilang Hormat Pd Atuk....
    Shapie Afdal? X de Org Lain Ke? Mustahil Atuk x tau, reputasi Pie ni mcmna trutama smasa d KPLB dlu......
    Jgn Melawak Tuk.... Rakyat Sabah tegak2 x prcayakn Shafie, lagi nk calonkn Pie.... Menderu org tingalkn Pie & Warisan, Atuk plk nk push Pie jd PM.... Agak2la Tuk, kalu trdesak skli pn, cari la Tokoh yg Bersih, Diterima Ramai & BrKaliber bkn calon yg brKakiLebar.....!!!!
    Wasalam....

    BalasPadam
  5. ....jng terkejut...atok calonkan pula bakal PM dari pihak PN pulok....

    BalasPadam
  6. Atok takkn puas selgi anaknya tidak dinamakn calon PM..atok dah lupa dunia ni hanya sementara.

    BalasPadam
  7. Yang rasional...pemerintah yg sedia ada..Anwar maintain ...rakyat perhati..

    BalasPadam
  8. Akhirnya segala permainan Mahathir memakan dirinya.. Segalanya bermula apabila niatnya dari awal memang tidak mahu Anwar menggantikannya.. dan kemudian bermulalah sokongannya kepada Azmin utk melemahkan PKR dan Anwar dari dalam.. segala2nya nampak begitu menjadi.. tetapi akhirnya penyudahnya diluar sangkaan Tun.. diluar jangkaan Azmin.. apa yg dikejar tak dapat.. dan apa yg dikendong bertaburan.. dan sekarang cuba menggunakan kembali taktik tipu helah dan janji manis.. Alhamdulillah kerana tahap kemaruk Anwar pada kuasa tidak membuatnya tertipu pada Mahathir kali ini.. semua pemimpin PH dan bekas pemimpin PH yg terlibat dalam permainan ini akhirnya kalah walaupun telah berkuasa.. Muhyidin dan Azmin akhirnya telah menjadi boneka lambungan UMNO.. PAS hanya yesman kepada UMNO.. sama tugasnya Amanah kepada PH.. Mahathir pula hilang segala2nya.. Anwar pula hilang peluang menjadi PM kerana menjadi menjadi mangsa penipuan.. DAP hanya hilang kuasa.. MCA masih ada menyambung tugas DAP.. dan yg mendapat keuntungan sepenuhnya adalah UMNO dan PAS dan kroni2 PN yg terpalit dgn segala skandal rasuah dan jenayah.. begitulah berakhirnya permainan dari seorang politician bernama Mahathir.. pengakhirannya begitu menyedihkan.. dari seorang negarawan menjadi insan hinaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik, PAS bukan yes man. Saya sendiri orang PAS. PAS tak tunduk pada sesiapa. Kita tak sembah manusia. We are not like you.
      We only serve Allah and His Messenger. Those who go against us we just make doa, Allah shall destroy them, just like that. Untung dunia ni kita tak terliur lah.
      Kamu tak tahu apa dia PAS. Kamu tak letak nama kamu sebab kamu adalah seorang pengecut.

      Saya Kama. Saya tak pernah hidup bergantung pada wang ringgit. Saya hanya bergantung kepada Allah melalui doa dan solat, dan inilah dia tarbiah yang saya terima daripada PAS.
      Segala apa keperluan saya, saya dapat melalui 2 rakaat solat. Begitulah hendaknya keyakinan yg kita ada apabila kita bersama jemaah Islam.
      Saya tak gerun langsung kat orang kafir. Saya cuma angkat tangan minta doa, hancur terus. Allah sudah tunjukkan depan mata saya sendiri. Bukan sekali dua, dah banyak kali.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. Minta Anwar Ibrahim buka balik kertas siasatan dakwaan dia terhadap Tun M atas salah guna kuasa. Minta Anwar Ibrahim bongkar segala kejahatan Mahathir dan anak anak dia. Minta PAS dan UMNO bersama Anwar Ibrahim hancurkan Tun M dan legasinya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.