Header Ads

ads header

Flash News

DAP Sabah sokong Shafie sebagai calon PM


KOTA KINABALU:
DAP Sabah hari ini menyuarakan sokongan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam menamakan Ketua Menteri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) sekiranya pilihan raya kilat diadakan.

Dalam satu kenyatan, 10 pemimpin negeri parti itu menggesa Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu supaya mengesahkan cadangan tersebut.

Mereka juga menggesa semua ahli Parlimen dari Malaysia Timur supaya “berdiri di belakang Shafie untuk mencipta sejarah negara ini dengan melantik perdana menteri dari timur.”

Mereka menggesa ahli Parlimen PBS, STAR, PBRS dan GPS supaya memberi undi percaya kepada Shafie sebagai perdana menteri.

“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia sejak 1963 seorang warga Malaysia Timur disebut-sebut sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan persekutuan.

“Sekarang adalah masa paling tepat, iaitu sewaktu pemimpin dari semenanjung tidak dapat menentukan calon pemimpin paling baik dalam kalangan mereka,” katanya.

10 pemimpin DAP negeri itu termasuk 3 ahli Parlimen, seorang senator dan 6 Adun.

Mereka berkata, Sabah dan Sarawak tidak lagi perlu bimbang mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau rakyat dipinggirkan daripada belanjawan pembangunan sekiranya Shafie dilantik sebagai perdana menteri.

“Kami juga menjangkakan penyelesaian lebih cepat berhubung isu royalti minyak dan bayaran tunai petroleum, telaga minyak dan galian, semakan Akta Wilayah Laut 2012 dan hak negeri ke atas pentas benua.”

MR :  Daripada 2 orang berebut lebih baik 3 orang, baru cepat sikit berkuburnya PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sebab dah hilang akal hilang kuasa puak2 dapig ni masih percaya kat madey. Madey sekarang nak mecah belahkan rakyat sabah dengan rakyat semananjung asalkan boboi dapat jadi tpm. Rumusannya madey sanggup rusakkan negara asal keluarga dia dapat terus mengaut kekayaan negara. Dia tak peduli dah sekarang sebab dia tau semua orang melayu benci dia tapi sekarang nak melagakan bumi sabah dengan bumi semenanjung.

    BalasPadam
  2. Kalo Abang Jo...bolehlah!! Kalo dssa....pengikut dia sendiripun tidak mahu dia jadi PM!! Kelembapan dalam segala segi di Sabah adalah kerana sistem pentadbiran yang lemah. Perlantikan individu yang bermasalah menambahkan lagi masalah....

    BalasPadam